Friday, April 11, 2008

TeGuRAN


Hidup dalam dunia..bercampur dengan orang yang pelbagai..memberi kita pengalaman yang pelbagai.Kadang-kadang kita disanjung setinggi langit dan pada masa yang lain kita dipandang rendah seakan-akan tanah yang dipijak.Tapi kita tak sedar yang tanah tempat kita berpijak itulah yang memberi sokongan pada kita.


Orang...akan selalu mencari salah kita.Akan menggali kelemahan kita.Kalau niat yang menegur untuk mengubah kita,InsyaALLAH balasan ALLAH menanti mereka.Namun ada jua yang menegur tanpa sebab.Mahu menjatuhkan kita,mahu memalukan kita.


~sumOne~: kdg2 org laen x rase ape yg kite rase

~sumOne~: mudah utk katekan ssuatu

~sumOne~: itu salah ini salah

~sumOne~: sbb mreka blom diiuji lagi

~sumOne~: skrg kite tgh diuji

~sumOne~: dri sgala aspek

~sumOne~: org nak ckp ape tu,tpulang laa

~sumOne~: sbb msg2 ade care


Betul..kita tak boleh nak salahkan seseorang andai mereka membuat salah.Kita tak boleh terus menghukum mereka.Menuduh mereka macam-macam.Tenangkan hati,dan cuba bayangkan jika kita di tempat mereka.Samakah tindakan kita dengan mereka atau mungkin kita lebih teruk? Tepuk dada tanya iman.Kita belum diuji sebagaimana seseorang itu diuji dan kita tak mungkin akan faham keadaan mereka.Sebab itu kita tak boleh terus menyalahkan mereka.Cuba fahami mereka dan sedarlah setiap orang ada cara tersendiri dan kita akan diuji selagi mana kita bergelar hambaNYA.
~sumOne~:yg kurang same2 tampung
~sumOne~: kite dah ade rumah,yg mane bocor2 tu same2 ar elokkan
~sumOne~: bukan runtuhkan rumah,pastu baru nak bina balik
Sama-sama menegur ke arah kebaikan .Moga terbina sebuah masyarakat Islam yang kuat dan utuh.Sucikan hati..murnikan niat...Moga ALLAH bagi yang terbaik untuk kita..

No comments: