sunyi selubungi malam
mengusik minda yang terlontar jauh
masih hangat terasa tangan yang membelai
yang mengusik manja
daku damba kasihmu
biar jadi pedoman
buat penyuluh jalanku gapai impian
angin kau nyanyikan lagu
angin kau nyanyikan lagu
untuk permataku tenang selalu
bayu sampaikan berita
daku kini ceria
aman dan bahagia
selimutkan rinduku bersama malammu
hadirlah dalam mimpiku
hadirlah dalam mimpiku
agar kau selaluada di sisiku
rindu belaian kasihmu
rindu senyumanmu
penawar lukaku
dikaulah cahaya
dikaulah cahaya
tika malam menjelma
kasihmu membawa ke syurga
dalam redha Yang Esa
Bila dah dalam fatrah exam ni,rindu pada mak ayah memang makin menjadi-jadi.Time stress dan tertekan ni la mula terbayang muka mak ayah.Mula lah rindu pada leteran mereka.Kalau dulu panas telinga bila mak ayah mula membebel.Sekarang bila jauh itulah yang menjadi kerinduan kita.
Dalam fatrah exam ni jugak la kita makin mendekati ALLAH dan secara tak langsung benda-benda lagho yang sokmo kita buat mula dicampak jauh2.Bukan apa mahu membersihkan hati untuk memampatkan ia dengan fakta-fakta medic yang bukan lah sikit.Pernah ada seorang kawan menulis dalam artikelnya :, ilmu yang masuk berkadar sonsang dengan benda lagho yang dibuat.Bila kita sibukkan diri dengan benda baik(study contohnya),minda dan fizikal kita tak sempat nak berfikir dan melakukan benda lain.Dan dengan itulah fatrah exam ni masa yang sangat sangat menyejukkan hati semua orang.
Balik pada tajuk asal.Mak ayah.Mereka la yang telah membesarkan kita dari sebesar tapak tangan(??) hinggalah keadaan kita sekarang ni.Bila usia dah menjangkau usia remaja,ramai orang yang mula meletakkan mak ayah ke tepi.Diri dirasakan sudah bebas dan mampu membuat apa sahaja tanpa perlu meminta izin mak ayah.Namun harus diingat ikatan antara anak dan mak ayah takkan putus selamanya.
Sebagai contoh,bila kita dalam dilema,terpaksa memilih antara 2 jalan.Selain meminta petunjuk dari ALLAH,tanyakan juga pada diri sendiri; adakah mak ayah redha dengan perbuatan kita? Kita pasti tahu jawapannya.Andai benda yang kita buat nampak baik di mata kawan2 kita namun sesuatu yang buruk di mata mak ayah maka,jauhi perkara tersebut.Atau lebih mudahnya,andai kita buat sesuatu perkara(cth:ponteng kelas), berani tak kita untuk memberitahu mak ayah tentang perbuatan itu.Jika kita takut, mudah,perbuatan itu bukanlah sesuatu yang baik.
Dalam menjalani hidup sebagai seorang anak,restu mak ayah adalah yang terpenting selepas restu ALLAH.
"Restu ALLAH adalah pada restu ibu bapa"
Fikir-fikir kanlah adakah perbuatan kita sehari-hari di bawah restu mak ayah? Adakah perbuatan kita sesuatu yang mak ayah kita sukai atau sebaliknya? Renungkan balik... Jangan lah kehidupan yng kita jalani ini menjadi suatu kehidupan yang berputar tanpa ada jalan yang betul.
Jika kita buntu dalam membuat keputusan,tanyakanlah pada mak ayah kita.Mungkin jawapan kepada istikharah kita dijawab melalui mak ayah kita.Apa2 pun restu mak ayah adalah yang terpenting.Jika mak ayah kata jangan maka janganlah.Seseorang pernah berkata:
"Jawapan pertama mak ayah adalah yang lahir tulus dari hati dia.Itulah fikiran mereka yang sebenar.Dan jika mereka tidak bersetuju dengan kita dan kita terus memujuk mereka agar mengikut kemahuan kita,dan jika mereka bersetuju setelah dipujuk,itu bukanlah isihati mereka yang sebenar tapi hanyalah belas terhadap anak semata-mata kerana tak mahu melihat anak kesayangan menangis lantaran tak dapat apa yang dikehendaki"
Sekali lagi penegasan,nilailah diri kita adakah perbuatan kita sehari2 sebagai seorang hamba ALLLAH,sebagai anak,pelajar,ahli rumah,kawan diredhai oleh mak ayah dan seterusnya ALLAH.Fikir-fikirkan dan renung2 kan.Jangan sampai kita menyesal kelak...

No comments:
Post a Comment