Perpisahan..Suatu lumrah dalam hidup.Kita minta atau tak ia pasti akan datang.Sejauh mana pun kita lari,ke pelusuk mana pun kita bersembunyi,ia akan tetap mengejar kita.Berpisahnya nyawa dengan jasad,suatu perpisahan yang pasti.Tidak ada walau seorang manusia pun di dunia ini yang menafikan hakikat ini.Mungkin ni adalah perpisahan yang terakhir dalam senarai hidup kita.Perpisahan-perpisahan sebelum perpisahan yang pasti ini juga selalu terjadi.
Berpisahnya seorang anak dengan ibu bapa bila umur telah mencapai tahap dewasa.Anak-anak tidak lagi hidup bersama dengan ibubapa yang telah menjaga dan membesarkannya dari sebesar telapak tangan sehingga menjadi seorang insan yang mampu berdikari.Berpisahnya seorang teman dengan temannya yang lain .Berpisahnya seorang murid dengan gurunya..Dan macam-macam jenis lagi perpisahan yang rasanya setiap orang tahu dan pernah mengalaminya.

Namun usah ditangisi perpisahan ini.Berpisah jasad tak bermakna jiwa dan hati kita terpisah.Ikatan yang terbina antara kita tak mungkin akan terlerai sampai bila-bila andai hati ikhlas menjalin kan sesuatu perhubungan itu.Ia akan terus mekar dan berbunga dalam hati kita jika sering di baja dan disiram dengan keikhlasan dan kasih sayang.Ia takkan hilang andai kita pahatkan ia dengan utuh dalam jiwa kita.
Berpisah jasad tak beerti kita tidak bahagia.Mungkin dengan perpisahan itu akan membawa suatu kemanisan dalam perhubungan kita.Menguji sejauh mana kesetiaan kita.Menguji sejauh mana kekuatan ikatan antara kita.Allah tidak menguji hambaNYA andai hamba itu tidak mampu menghadapinya.Kita diuji dengan perpisahan kerana kita kuat,kerana DIA sayangkan kita.Mahu kita sedar bahawa DIA yang MAHA KUASA.Yang mampu mengubah segalanya.

Berpisah jasad bukan bermakna kita membenci.Mungkin dengan perpisahan ini bakal mengajar kita erti 'menghargai'.Bila bersama,lumrah manusia sangat susah menghargai apa yang ada di depan mata.Mereka lebih suka melihat kepada yang lain dan merungut lantaran tidak mendapat benda yang sama.Namun bila hilang barulah mereka mula tercari-cari apa yang dulu ada di depan mereka.Dengan perpisahan yang dirancang olehNYA ini ,kita akan mula kenal apa itu "menghargai"..
Sedih...perasaan yang rata-rata dialami oleh insan yang diuji dengan perpisahan.Bahkan para sahabat juga tak mampu menerima hakikat di saat awal kewafatan Rasulullah.Ramai yang tidak percaya yang kekasih ALLAH ini telah pergi meninggalkan mereka.Pemergian baginda ditangisi para sahabat.Tetapi perpisahan ini tidak beerti baginda hilang dari hati-hati orang yang mencintainya.Buktinya syariat yang dibawa baginda masih terus megah berdiri di bumi ini walaupun baginda telah pergi.Kasih sayang kita pada baginda tidak akan dan pernah hilang.Kenapa?? Sebab kita ikhlas mencintainya kerana ALLAH..

Daripada Abu Hurairah r.a,Nabi s.a.w bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga kamu mencintai aku lebih dari kamu mencintai bapa kamu,anak kamu dan manusia seluruhnya"
(Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Berpisah sekarang tak bermakna kita takkan kembali bersatu.Mungkin ALLAH pisahkan kita sementara sebelum menyatukan kita kembali kelak.Mungkin penyatuan kali kedua ini adalah untuk selamanya,kekal abadi dan kita tak mungkin akan terpisah lagi.Sabarlah dengan perpisahan yang sekejap ini.Kerana kita pasti akan disatukan kembali di satu tempat yang tidak akan ada lagi perpisahan,tempat di mana tak ada lagi rasa sedih.Yang ada hanyalah kegembiraan,kebahagiaan dan keabadian yang selamanya.Kita pasti akan disatukan di syurga kelak.InsyaALLAH.
Usah bersedih.
Pahatkan di hati yang kita akan sentiasa bersama di bawah naungan CINTANYA.Moga hubungan kita bukanlah suatu hubungan yang bakal menjauhkan kita dari pemilik segala CINTA,ALLAH.....
"dikau membuat hidup ku ceria
dengan senyum mu ku memuja
kebesaran Tuhan yang MAHA ESA
bahagia ku rasa tika bersamamu
tiada apa yang dapat digambarkan
membawa sinar baru
janjimu kepadaku
sentiasa di sisiku selalu
menempuhi segalanya
namun kini kau tiada lagi
mungkin kita kan bertemu
TAKDIR PENENTU
namun kan ku teruskan hidup ini
kan ku buktikan segala cita dan janji
suatu hari nanti
janjimu kepadaku sentiasa di sisiku selalu
menempuhi segalanya
namun kini kau tiada lagi
mungkin kita kan bertemu
TAKDIR PENENTU
sukar untuk ku temui lagi
insan mulia yang sejati
suka dan duka bersama kita lalui
namunku kan teruskan
cita kita janji kita
walau kau tiada disisiku lagi
menempuhi segalanyakan ku teruskan jua
mungkin kita kan bertemu
TAKDIR PENENTU
mungkin kita kan bertemu
TAKDIR PENENTU...."

No comments:
Post a Comment