Saturday, March 29, 2008

~Rasa KeCiK~

~Kecik Dan Kerdil~
Bila tengok pada diri sendiri rasa kecil dan kerdil.Orang kata kalau nak jadi hebat tengoklah pada orang yang lebih hebat dari kita dan jika nak tahu nilai kesyukuran tengoklah orang bawah dari kita. Dan bagi diri aku ,betul aku rasa sangat kerdil.Berada disekeliling orang yang hebat2 dan baik2 menjadikan aku makin sedar yang aku ni bukanlah siapa2 yang boleh dibandingkan.
Aku kecik dan kerdil pada ilmu.Masih terlalu banyak yang aku belum tahu.Masih terlalu luas ilmu yang belum aku timba.Kadang2 aku terlupa yang ilmu takkan datang tanpa di cari.Takkan muncul kalau kita hanya duduk menantikan dia.Aku masih terlalu miskin dengan ilmu.Aku sedar aku kecik dan kerdil...


Aku tak mahu terus-terusan menjadi kecik dan kerdil yang mampu dilenyek hanya dengan ibu jari...
Aku kecik dan kerdil dalam percakapan aku.Kata-kata aku belum mampu untuk mengubah sesuatu yang biasa menjadi sesuatu yang besar maknanya.Aku belum mampu.Aku kecik dan kerdil dibandingkan dengan orang lain.Aku tak pandai berkata-kata.Aku tak pandai menyusun bicara.Bukan aku tak mahu menjadi orang hebat tapi aku belum mampu.





Aku tak mahu terus-terusan menjadi kecik dan kerdil yaang dipandang hina oleh orang lain.Aku juga mahu menjadi seperti mereka.Mampu berdiri gagah berjalan menyusuri jalan itu
Aku kecik dan kerdil dalam segala hal.Akhlakku,amalanku,pakaianku.Terlalu kecik dan kerdil andai dibandingkan dengan orang disekeliling aku.Aku sedar aku perlu berubah.Namun titik perubahan harus aku cari walaupun susah.




Aku tak mengharapkan orang lain memegang aku untuk teruskan perjalanan ini tapi cukuplah dengan diam.Aku tak mahu terus dijadikan bahan gurauan orang lain.Jangan pandang rendah pada aku walaupun aku kecik dan kerdil.

Aku kecik dan kerdil.Aku sangat bersyukur ada sahabat yang sanggup menegur kekurangan aku.Teguran itu bukanlah untuk menjatuhkan aku tapi untuk menjadikan aku tidak lagi kecik dan kerdil.Harapan aku moga orang yang menegur kekerdilan aku ini ikhlas menegur ku dan mahu melihat aku berubah.Terima kasih pada yang sudi menegur.Terima kasih juga kerana sanggup memilih aku sebagai teman walaupun aku kecik dan kerdil.Andai suatu hari kau berjumpa dengan orang yang jauh lebih baik dari aku dan mampu membawa kau ke jalan ALLAH,aku redha.Jika dia jauh lebih baik dari aku,kau punya pilihan untuk memilih.Aku sedar akan kekecikkan dan kekerdilan aku yang kadang2 menjadikan orang bosan pada aku.Tapi aku berharap kau akan terus berada disamping aku.Namun segalanya di tangan ALLAH.JIka kau nekad untuk pergi,aku tak mampu menghalang..

Aku kecik dan kerdil dalam segala hal.Aku sedar akan perkara itu.Oleh sebab kesedaran itulah aku cuba mengubah diri.Walau susah aku teruskan jua sebab aku sedar ada yang akan selalu menyokong aku.Yang takkan lari kalau aku jatuh tersungkur.Yang takkan berpaling dari aku jika aku datang kepada DIA.Yang akan terus menyayangi aku jika aku terus taat padaNYA.Aku sedar ALLAH sentiasa ada dengan AKU.Atas dasar keyakinan itulah aku teruskan langkah.Andai semua orang sekalipun lari dari aku aku yakin aku akan diberi kekuatan dan ketabahan olenNYA.





No comments: