

Adik jadi pengawas kat sekolah sebab dia yang paling besar dalam kelas dia.Tapi selalu je kena buli.Adik ni lembik sangat la.
Yang paling gelap dalam family.Dari mana dapat ntah.Kami panggil dia anak India.Selalu kenakan dia dengan bercerita yang dia dikutip tepi jalan.Dan tiap kali tu la dia akan menagis dan bertanya pada mak ayah betul ke cerita tersebut dan setiap kali itulah mak ayah menangkan adik dengan berkata "Kakak tu pun ayah jumpa jugak tepi longkang dulu"..Maka tersenyum la dia atas kemenangan.Cesss..adikku sayang..
Ni la kawan sehati sejiwa adik..Ichik.Teman bermain dan bergaduh Kawan baik adik: ICHIK merangkap abang dia.Mungkin jarak umur yang dekat menjadikan mereka sahabat baik.Tidur bersama,makan bersama.Semua aktiviti dibuat bersama as they d only small kids in our family.Paling suka juga bergaduh.Masing-masing xreti nak mengalah. Pastu mula la adegan gusti yang akhirnya mencetuskan pertumpahan air mata.Dan setiap pergaduhan pasti disudahi dengan tidur dan selepas bangun dari tido dah berbaik balik. Suci nyer jiwa kanak-kanak.Tiada istilah dendam dalam diri mereka
HOBi: Makan...makan..makan...makan.....dan makan....Atas sebab tu la dia menjadi budak tembam yang sedap untuk dipeluk dan dicium.Penah diugut supaya jangan makan banyak sebab takut nanti xde orang nak.Berkesan ugutan itu.Suka sangat makan ayam..Adik..adik...

Adik kena kuat baru boleh jadi orang kuat...tak leh cepat mengaku kalah
Sangat suka bermain dengan kucing tapi selalu dihalang as he has asthma since baby lagi.Tak hilang2 sampai sekarang but he's getting well now...

Adik nak wat semua yang ALLAH suruh.Adik nak berjaya kat dunia dan akhirat.Adik nak masuk syurga ALLAH yang paling tinggi
Sekarang still menjadi anak kesayangan mak ayah dan adik kesayangan semua orang.Kakak doakan adik berjaya selalu.Thanks sebab selalu doakan kakak tiap kali lepas solat.Kakak sayang adik sangat2..
Moga dirimu menjadi sinar pada Islam kelak..

No comments:
Post a Comment