Saturday, March 29, 2008

~Mereka yang BertAkhta di HatiKu~

~ADIK~




Nama diberi NIK MUHAMMAD SYAHMI ROZIK.Lahir tarikh sehari je selepas kakak dia tapi 10 tahun kemudian,13 januari 1998 berat pun sama ngan kakak dia.3.6kg.Agak buntal sampai la sekarang.Baru 9 tahun tapi berat dah 33kg.Walaupun berat masih tapi masih sangat suka didukung oleh kakak dia.Manja teramat sangat.Maklum la paling bongsu dan paling disayangi semua.






Masa kecik tak sesihat adik beradik yang lain.Penah ada masalah paru-paru masa umur 4bulan dan masuk wad.Ada asma sampai lah sekarang..Agak gempal sebab makan ubat asma la kot.Pandai bawa diri bila sakit.




Adik jadi pengawas kat sekolah sebab dia yang paling besar dalam kelas dia.Tapi selalu je kena buli.Adik ni lembik sangat la.

Yang paling gelap dalam family.Dari mana dapat ntah.Kami panggil dia anak India.Selalu kenakan dia dengan bercerita yang dia dikutip tepi jalan.Dan tiap kali tu la dia akan menagis dan bertanya pada mak ayah betul ke cerita tersebut dan setiap kali itulah mak ayah menangkan adik dengan berkata "Kakak tu pun ayah jumpa jugak tepi longkang dulu"..Maka tersenyum la dia atas kemenangan.Cesss..adikku sayang..



Ni la kawan sehati sejiwa adik..Ichik.Teman bermain dan bergaduh

Kawan baik adik: ICHIK merangkap abang dia.Mungkin jarak umur yang dekat menjadikan mereka sahabat baik.Tidur bersama,makan bersama.Semua aktiviti dibuat bersama as they d only small kids in our family.Paling suka juga bergaduh.Masing-masing xreti nak mengalah. Pastu mula la adegan gusti yang akhirnya mencetuskan pertumpahan air mata.Dan setiap pergaduhan pasti disudahi dengan tidur dan selepas bangun dari tido dah berbaik balik. Suci nyer jiwa kanak-kanak.Tiada istilah dendam dalam diri mereka




Adik nak jadi orang berilmu di masa depan.




HOBi: Makan...makan..makan...makan.....dan makan....Atas sebab tu la dia menjadi budak tembam yang sedap untuk dipeluk dan dicium.Penah diugut supaya jangan makan banyak sebab takut nanti xde orang nak.Berkesan ugutan itu.Suka sangat makan ayam..Adik..adik...



Tapi yang paling baik adik xsuka makan junk food.Eh? Adik takut iQ n eQ dia terjejas..Nak jadi pelajar cemerlang kena la berkorban kan adik?




Adik kena kuat baru boleh jadi orang kuat...tak leh cepat mengaku kalah

Sangat suka bermain dengan kucing tapi selalu dihalang as he has asthma since baby lagi.Tak hilang2 sampai sekarang but he's getting well now...

Adik nak wat semua yang ALLAH suruh.Adik nak berjaya kat dunia dan akhirat.Adik nak masuk syurga ALLAH yang paling tinggi


Sekarang still menjadi anak kesayangan mak ayah dan adik kesayangan semua orang.Kakak doakan adik berjaya selalu.Thanks sebab selalu doakan kakak tiap kali lepas solat.Kakak sayang adik sangat2..

Moga dirimu menjadi sinar pada Islam kelak..

~Rasa KeCiK~

~Kecik Dan Kerdil~
Bila tengok pada diri sendiri rasa kecil dan kerdil.Orang kata kalau nak jadi hebat tengoklah pada orang yang lebih hebat dari kita dan jika nak tahu nilai kesyukuran tengoklah orang bawah dari kita. Dan bagi diri aku ,betul aku rasa sangat kerdil.Berada disekeliling orang yang hebat2 dan baik2 menjadikan aku makin sedar yang aku ni bukanlah siapa2 yang boleh dibandingkan.
Aku kecik dan kerdil pada ilmu.Masih terlalu banyak yang aku belum tahu.Masih terlalu luas ilmu yang belum aku timba.Kadang2 aku terlupa yang ilmu takkan datang tanpa di cari.Takkan muncul kalau kita hanya duduk menantikan dia.Aku masih terlalu miskin dengan ilmu.Aku sedar aku kecik dan kerdil...


Aku tak mahu terus-terusan menjadi kecik dan kerdil yang mampu dilenyek hanya dengan ibu jari...
Aku kecik dan kerdil dalam percakapan aku.Kata-kata aku belum mampu untuk mengubah sesuatu yang biasa menjadi sesuatu yang besar maknanya.Aku belum mampu.Aku kecik dan kerdil dibandingkan dengan orang lain.Aku tak pandai berkata-kata.Aku tak pandai menyusun bicara.Bukan aku tak mahu menjadi orang hebat tapi aku belum mampu.





Aku tak mahu terus-terusan menjadi kecik dan kerdil yaang dipandang hina oleh orang lain.Aku juga mahu menjadi seperti mereka.Mampu berdiri gagah berjalan menyusuri jalan itu
Aku kecik dan kerdil dalam segala hal.Akhlakku,amalanku,pakaianku.Terlalu kecik dan kerdil andai dibandingkan dengan orang disekeliling aku.Aku sedar aku perlu berubah.Namun titik perubahan harus aku cari walaupun susah.




Aku tak mengharapkan orang lain memegang aku untuk teruskan perjalanan ini tapi cukuplah dengan diam.Aku tak mahu terus dijadikan bahan gurauan orang lain.Jangan pandang rendah pada aku walaupun aku kecik dan kerdil.

Aku kecik dan kerdil.Aku sangat bersyukur ada sahabat yang sanggup menegur kekurangan aku.Teguran itu bukanlah untuk menjatuhkan aku tapi untuk menjadikan aku tidak lagi kecik dan kerdil.Harapan aku moga orang yang menegur kekerdilan aku ini ikhlas menegur ku dan mahu melihat aku berubah.Terima kasih pada yang sudi menegur.Terima kasih juga kerana sanggup memilih aku sebagai teman walaupun aku kecik dan kerdil.Andai suatu hari kau berjumpa dengan orang yang jauh lebih baik dari aku dan mampu membawa kau ke jalan ALLAH,aku redha.Jika dia jauh lebih baik dari aku,kau punya pilihan untuk memilih.Aku sedar akan kekecikkan dan kekerdilan aku yang kadang2 menjadikan orang bosan pada aku.Tapi aku berharap kau akan terus berada disamping aku.Namun segalanya di tangan ALLAH.JIka kau nekad untuk pergi,aku tak mampu menghalang..

Aku kecik dan kerdil dalam segala hal.Aku sedar akan perkara itu.Oleh sebab kesedaran itulah aku cuba mengubah diri.Walau susah aku teruskan jua sebab aku sedar ada yang akan selalu menyokong aku.Yang takkan lari kalau aku jatuh tersungkur.Yang takkan berpaling dari aku jika aku datang kepada DIA.Yang akan terus menyayangi aku jika aku terus taat padaNYA.Aku sedar ALLAH sentiasa ada dengan AKU.Atas dasar keyakinan itulah aku teruskan langkah.Andai semua orang sekalipun lari dari aku aku yakin aku akan diberi kekuatan dan ketabahan olenNYA.





monologue 33~Life goes on and on and on~

The coldness of Egypt had been blown away and now come the heat dan bright sun..I don't know wat is d exact tempt but it's getting hot and hot every second:P(hyperbola)...Ikut kata doctor physcology hari tu,tak sepatutnya panas camni sb winter baru je habis..Pelik gak.Rasa rugi pula tak bawa payung dari Malaysia.Tapi klu bawa confirm2 akan jadi manusia pelik yang berlegar-legar di Mesir as egyptian dun use umbrella here...

Exam is just around the corner..6/4 1st final exam-Practical physiology..Frankly,study sekarang ni ntah apa2 jek.Terlalu banyak benda baru yang belajar hingga yang lama2 tak sempat2 lagi nak cover.Kawan2 semua dah bising2.Semua tension sebab terlalu banyak nak dicover especially ANATOMY!!!! Nape la tahun ni ANAT seakan-akan
pendera mental n fizikal yang paling kejam.Terlampau banyak.LAgi berapa hari lagi nak exam n 1 buku lagi xkuar2:PELVIS..Bila nak habis semua ni?Camne nak cover semua.Sepatutnya HEAD & NECK ,2 biji tu xyah masuk exam.Mid year hari tu pun dah nak pecah kepala hafal 2 biji buku tu.But for final: 6 books???6?6? Head& Neck1,Head &Neck2,Embriology,Neuroanatomy(bila la nak habis ni..setahun lagi?),Abdomen,Pelvis.6books for 1 single subject??? Subjek lain ok la..Tapi semua pun still terkejar2 nak habiskan sllybus..Betol2 kena kuat sekarang ni.Dengan masalah nk beli tiket balik Mesia lagi..betol2 menguji kesabaran aku sekarang ni.





Ketensionan study amat mendera mental dan fizikal semua orang

Rilekskan minda ,tenangkan hati dan everything will be ok


Tahun ni InsyaALAH aku balik lagi but a bit late.Nak tunggu result atas dasar kegerunan tahun 2 ni.Still xde tarikh yang tepat bila nak balik tapi rancangnya hujung bulan 7.Tapi semua pun bergantung kat result.Tak ramai yang wat cam aku.Kebanyakan balik awal n dah siap2 beli tiket.Aku? Nak naik airline ape pun xtahu lagi.Nak kata tak nak balik tak juga sebab tahun ni ade peluang untuk beraya ngan mak ,ayah & adik2 stelah 2 tahun beraya kat bumi orang ni.Agak pening pk kan benda ni.Kalau tak kerana Ichik UPSR & Muiz SPM tahun ni aku pun xsemangat nak balik.Lagi satu ALONG dh siap offer nak sponsor dah.Dia pun salah satu faktor yang mendorong aku nak balik.Dia Grad tahun ni.Mesti la nak g graduation day da ONE & ONLY sister i have.Tengok la cmne nati.Tapi benda ni kadang2 menyibuk dalam otak ni untuk menambah stress yang telah sedia ada..Moga dipermudahkan.



Tapi dalam keadaan yang mcmni.ada jugak perkara2 yang leh menghilangkan stress tu.Semalam aku g jenguk baby baru Kak Faqihah dan my 6th year senior,Dr Muhaimin.ALhamdulillah baby gurl.Fateh dah dapat adik.Gembira tengok Abi Fateh & Ummi Amjad gembira dengan kelahiran cahaya mata yang baru.Kagum dengan Kak Faqihah yang berjaya hidup as a student,wife and mother so wif Dr Muhaimin.Agak sedih,Fateh xde kat rumah..Dah termimpi2 nak jumpa dia,tapi xde plak.Baby kak Qihah baru 2 hari semalam.Still very small n having no name yet but for sure Fateh dah jadi abang long.Tak tahu la bila plak nak bleh jumpa lagi sb kekalutan nak exam n balik Mesia.Thun depan la kot.Lame nyer..Tahniah untuk Kak Faqihah dan Dr Muhaimin for d cute litte baby...



For the coming exam,aku doakan semua kawan2 dan diri aku juga diberi kekuatan dan ketabahan.Banyakkan berdoa disamping usaha yang berterusan.Yakinlah dengan janji ALLAH yang DIA akan bersama dengan orang2 yang bersabar.Dan ni satu petikan dalam buku yang aku baca.Ditujukan khusus kepada isu MUSYRIF yang agak panas sejak 2 menjak ni.Open ur mind and terimalah apa yang baik dan buang jauh2 yang tak baik,sama2 kita kekalkan kesatuan yang wujud antara kita...:P


"The man & woman are 2 KINDS from ONE SPECIES,as if there are things which require from each kinds of human's species: thing required from man as a man & from woman as a woman.So that we can say,they are 2 KINDS from ONE SPECIES having COMMON function as a SPECIES and DIFFERENT function as a KIND.Each has a function which is complement to each other.So ISLAM has given the man and woman the role which harmonized with our natural formation and qualities to carry our responsibileties and our roles".




~ Diam tak semestinya lupa.Diam tak semestinya tak ingat.Diam tak semestinya benci sebab kadang2 diam itu lebih baik.Yang penting hati tetap bersama walaupun lidah kelu tidak berbicara..Tabahkan hati mengharungi hidup yang masih panjang ini.Close ur eyes and pray for HIM so that we will always be together forever and ever.Dan semoga REDHANYA mengiringi setiap langkah kaki kita di jalan ini.Doa ditabahkan hati dan dipermudahkan segala urusan..Saling memaafkan andai ada yang terguris hati...Dan tanamkan dalam hati dan jiwamu yang diri ini sentiasa bersamamu dan menyayangimu~

Saturday, March 8, 2008

JauLah Sc~Fayoum~

....KEMBARA SEORANG HAMBA........


8 march08,saat kehangatan pilihanraya membara dan menyala-nyala kat Malaysia,kami adik-adik Kak Paan n Kak Bid berjaya memboloskan diri berjaulah ke Fayoum.Very interesting n historical place..Like it very much..Lets go tru our journey

1)7.30 a.m
Berkumpul kat ARMA.Naik Coster yng ditemani Uncle Aiman yang byak membantu sepanjang perjalanan kami.Terkagum dengan dia yang dpt critakan everything to us.

2) Madinah Karanis(Fayoum Lame)

This is very2 historical place.Being discovered as one of the oldest ancient city(40000y).
As we know zaman tamadun Mesir Purba penduduk mempunyai kepercayaan kpd Tuhan yang pelbagai.Dan di kawasan ini kepercayaan penduduknya adalah TISMIH(tuhan Buaya) yang diberi gelaran "SUPIC".Mereka memelihara buaya untuk dijadikan sembahan.

Berhadapan dengan kawasan ini satu lembah hijau yang dipercayai dulunya adalah laut yang dinamakan "Laut Yusuf".Akibat perubahan semulajadi air di kawasan ini menjadi kering dan meninggalkan lembah subur untuk pertanian.

Kawasan ini juga dikatkan menjadi tempat tinggal nabi Yusof selepas dibuang oleh saudara-saudara baginda.Nabi Yusof memasuki Mesir melalui Fayoum.dan Fayoum mendapat nama sempena dengan kehadiran nabi Yusuf kesini selama 100 hari @ arabic "alfunyaoum" yang lama-lama bertukar kepda Fayoum!!



Tempat yang dikatakan kampung nabi Yusuf
Kawasan penduduk yang berdekatan dengan penyembahan Tuhan SUPIC
Kolam peliharaan buaya yang menjadi sembahan penduduk zaman dahulu



Tempat buaya diletakkan apabila upacara penyembahan dilakukan

3) 'Ain Sillin(Mata Air)
Tempat airmata dari bawah tanah yang dikatakan ada disebutkan dalam Kitab Taurat.Air yang terpancur keluar di kawsan ini dikatakan amat baik untuk badan .Antaranya Gastrik.


Inoue cuma buat gaya minum tapi xminum.Xberani walaupun Kak Maz ckp baek untuk
gastrik




Gaya comel rakyat Malaysia..Kak Paan paling comel,sorry Hana!!


4) Nadi Rayyan
Kawasan tasik yang besar,tapi yang paling special kat sini adalah air terjun.Ditengah-tengah padang pasir wujud pulak waterfall walaupun waterfall adalah perkara biasa di Malaysia.Kami semoat naik sampan di kawasan tasik yang dipenuhi burung-burung yang bermigrasi dari Europe.




Kak Maz n Shi menyebabkan sampan kami tersasar dan tewas dlam pertandinagn smpan
cepat sampai ke tebing!!!






Laju..laju..sampan ku laju..panas membakar kulit







Inilah air terjun mesir..kagum????







Inoue dan air terjunnya....Dilarang menyentuh air..pesan kak
Maz..Cacing2!!ape ntah nama dia...bahaya..leh masuk ikut skin



5) Qarun's Lake
Famous story i guess..Qarun yang diterbalikkan allah lantaran keangkuhan dengan harta kekayaan.Tasik Qarun seluar 315,000km mengikut kiraan kak Paan.Kalau salah maafkan la.Kami dh lama tinggalkan add math.Subhanallah besarnya tasik ni membuktikan banyakna harta Qarun.Dikatakan Qaruun mempunyai anak kunci untuk menjaga hartanyanya seberat 21-25kg/kunci yang dibuat dari emas.
Dahulu kawasan Qarun adalah bukit semata-mata dan Allah menghancurkan Qarun dengan meliumpahkan air dari kawasan ini yang dikatakan berasal dari Laut Yusuf yang kering membentuk lembah..Wallahua'lam.
Kajian jugak telah dibuat dan menunjukkan kedalaman tasik Qarun di pesisir adalah 8m dan ditengah2 adalah 50m dan mempunyai ketumpatan tertentu yang membuktikan ada sesuatu di bawah tanah tersebut.Harta Qarun..Wallahua'lam.




bump...bump...Inoue men keto langar2...











Inilah tasik Qarun yang dimusnahkan Allah.....











Thanks,aiman..You helped us a lot












Sukanya Inoue
Berjalan-jalan memang seronok..Tapi pengajaran yang diperolehi lebih penting..Thanks kawan2(Yana,Shi,Hana,Nadiey,Qiqi,Leen,Kak Az,Syida) n also our lovely kakak..KAK PAAN & KAK MAZRAH..luv u two!!
Ralat....tertinggal nama....FAZWANIS>>>jangan marah nee...













Friday, March 7, 2008

~ALLAHU AKBAR!!!!~

100 fakta Kelantan, 100 bakal mengubah Malaysia


17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
Bukti kewibawaan Islam agama memerintah
Mentadbir dan membangun negara..
17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan

Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang
Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni
Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia
Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita
Di Kelantan kadar jenayah paling rendah
Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam
100 fakta Kelantan100 bakal mengubah Malaysia

Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula
Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula
Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga
Di Kelantan bermulanya -Takaful Kifalah


100 fakta Kelantan100 bakal mengubah Malaysia
Di Kota Bharu pasar basah paling besar
dan cantik3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat
Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah

Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf
Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan
Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta
Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.
Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga
Bagi mereka akhirat adalah nyata


100 fakta Kelantan100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan,
menteri besarnya seorang Tok Guru
Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
Tiap-tiap pagi sebeleum ke pejabat
18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid

Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun
Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa
Dia seorang yang warak dan zuhud
Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan
Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah ambil
Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah ambil
Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah
Itulah Menteri Besar Kelantan
Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya

Bukan kerana dia rasuah,
tetapi kerana dia
Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah

100 fakta Kelantan100 bakal mengubah Malaysia
Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja
Kerajaan PAS akan bangkrap tak ada duit nak perintah negeri
Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun
Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar
Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah
Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan
Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat
Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain
Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia
Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,
nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah
dan harga nikah pun masih murah

100 fakta Kelantan100 bakal mengubah Malaysia
Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan
Belajarlah daripada Tok Guru
Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka
Bebaskan minda, bebaskan minda!

Thursday, March 6, 2008

For the special one...

6 March08

Finally,our mid year result kuar jugak.Dah lama menanti ,muncul jua akhirnya. Seperti biasa lumrah hidup di dunia yg x kekal,akan ada yang gagal,yang dapat markah penuh, tak kurang yang berada kat tengah2.Ada yang sedih ada yang gembira..Result cemerlang dlm exam seakan-akan mjdi satu kewajipan yang dirasakan patut dicapai oleh semua student.Namun result cemerlang bukan la satu2 nya kayu ukuran untuk membuktikan kehebatan mahupun kecerdikan seseorang.

My result? Well,everything goes well.ALHAMDULILLAH pada NYA yang masih memberi peluang untuk aku tersenyum bila tengok result yang terpampang kat dinding Univ tu..Syukur padaNYA yang bagi aku semua ini…InsyaALLAH for coming exam,I’ll do better.But my prob now,I’m getting lazy and lazy..Arghhhhh..please someone wake me up!!Inoue,dun be a lazy girl.And also thanks to my parents yang tak penah berenti mendoakan aku tiap masa tiap saat.Maaf jugak sebab markah kakak tak la full..i Love ur two.Miss ur hug very much!!



“Something for da special one”……..


Kita gagal tak semestinya kita kalah. Kadangkala Allah sengaja memberikan kegagalan pada kita. Bukan mahu menghukum kita tapi menyedarkan kita dari pelbagai aspek. Anggaplah kegagalan pada hari ni bukan satu kekalahan tetapi satu kemenangan yang masih tertunggak.Mungkin kita dah berusaha dengan pelbagai cara.Tapi Allah gagalkan kita sebab nak menyedarkan kita mungkin cara kita salah.Dengan kegagalan itu kita sedar di mana kelemahan kita yang patut kita ubah. ALLAH ‘anugerahkan’ kegagalan pada hari ini sebab DIA mahu memberikan kita KEJAYAAN pd masa depan.Tak usah bersedih mahupun berduka.Bangkit dan bangun dengan semangat baru!!!


Juz remember ALLAH is always by urside.You dun have to be afraid as He always there to help you.Juz ask from HIM and He ‘ll give you everything.Life is at test from ALLAH.Bersabarlah dalam menempuhinya dan yakin lah dengan janji ALLAH yang DIA akan sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar….


And also remember that I’m always by your side.Menjadi teman terbaik untukmu yang mampu menyokong dirimu dikala dirimu terasa lemah.Yang mampu menghilangkan air matamu dikala dirimu berduka.Yang mampu memberikan senyuman padamu di kala dirimu merasa hiba.Yang mampu mendamaikan hatimu dikala dirimu resah.



Satu yang diri ini harapkan,yakinlah dengan diri ini.Sedarlah yang diri ini ikhlas untuk bersama mu untuk sama-sama mengharungi perjalanan yang panjang ini yang kita sendiri tidak pasti akan kesudahannya .Saling menyokong,saling percaya ,saling memberi dan menerima dan moga segala dipermudahkan oleh ALLAH.



I’m happy to be here with you.Walking tru dis hardest time of our life as a muslim,as a student,as a son or daughter,and as a friend together…With you by myside,I hope everything is going to be fine.Juz believe in me and of course believe in yourself and everything is going to be easy.Juz reach your heart and ALLAH is always there and hope I also there!!!!Ganbatte!!!



Don't you ever wish you were someone else,

You were meant to be the way you are exactly.

Don't you ever say you don't like the way you are.

When you learn to love yourself, you¹re better off by far.

And I hope you always stay the same,

cuz there¹s nothin' 'bout you I would change.

I think that you could be whatever you wanted to be

If you could realize, all the dreams you have inside.

Don't be afraid if you've got something to say,

Just open up your heart and let it show you the way.

Believe in yourself.

Reach down inside.

The love you find will set you free.

Believe in yourself, you will come alive.

Have faith in what you do.

You'll make it through.

deep from my heart:

Nik Noramalina Rozik





Wednesday, March 5, 2008

ExCluSiVely- Doa ToK GUrU`




Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."





"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."




"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."




"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."





"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian." -