Monday, August 25, 2008

dah hampir sebulan duduk kat rumah.Suasana riuh rendah adik2 sangat berharga.Tak mungkin aku dapat cari gantinya di tempat lain.Benda inilah yang pasti akan menjadi kerinduan aku nanti.Ramadhan semakin menghampiri.Terlalu rindu aku pada bulan penuh keberkatan ini.Azam pada diri membara.Tahun ni tak sama dengan 2 tahun kebelakang.Tahun ni aku akan habiskan 30@29 hari puasa di Malaysia.Aku akui aku merindui suasana kemeriahan Ramadhan di bumi anbiya’ sana.

Kawan2 yang tengah amik durr buat elok2.Sedarlah anda semua sedang menikmati kasih sayang ALLAH yang mungkin orang lain tak mampu untuk menikmatinya.Moga kalian diberi kekuatan olehNYA.




Mak sedara aku ALHAMDULILLAH dikurniakan anak yang ke3 setelah 9tahun tak mendapat cahaya mata.So,masa aku banyak dihabiskan dengan bayi yang baru nak mengenal dunia ini,ADAM HAZIQ…setiap kali bersama dengan HAZIQ hati aku memuji2 kebesaran ALLAH..Begitu suci nya bayi2 yang baru dilahirkan.Tiada walau setitis pun dosa noda pada dirinya.
Terlalu suci kalau nak dibandingkan dengan diri kita yang kebanyakannya telah jauh menyimpang dari fitrah sebenar penciptaan kita.Aku terfikir..dahulu semua manusia lahir sesuci HAZIQ.Tidak mengenal dosa …hidup menurut sunatullah.Tapi mengapa bila dewasa menjelma..ramai yang terjerumus ke jalan yang salah.Bila melihat drama2 di tv ,masyarakat yang digambarkan seolah2 hidup tanpa agama.Aurat.pergaulan,muamalat sesama manusia langsung tidak dipelihara sebagaimana yang Islam tegakkan.Kehidupan mewah berajakan nafsu dan keduniaan begitu meluas.Jarang aku lihat cerita yang mengajak masyarakat mengubah pemikiran dan cara hidup ke arah kehidupan yang telah ALLAH tetapkan

“Aku loya nak tengok TV.Orang Melayu semua nak jadi mat salleh”

Luah seorang kawan aku waktu kami chatting.Aku setuju dengan kata2nya.Masyarakat akan rosak jika terlalu didedahkan dengan cara hidup yang jauh menyimpang dari cara hidup ISLAM yang sebenar.


Moga kita semua sentiasa dilindungi dari anasir2 tidak sehat ini.Moga ALLAH kekalkan nikmat iman dan Islam dalam jiwa2 kita


















PERMINTAAN ADIK YANG PELIK





Disebabkan adanya baby yang baru...semua orang tak senang duduk..Semua berebut.Aku hampir tiap hari akan habiskan masa dengan HAZIQ.Hari2 HAZIQ jadi orang nomad berpindah dari rumah SU ke rumah aku.Adik bongsu kesayangan aku ..mungkin sebab tak ada adik kot dia jadi camni.Kalau sebelum ni asyik kiss kucing2 sekarang dia dah ada sasaran baru.Penyek pipi HAZIQ yang buntal kena tenyeh ngn adik SYAH..Dari situ aku tengok rupanya adik ni suka kat baby.

Maka bermulalah permintaan pelik adik

"NAk adik..nak Adik..nak Adik!!!!!"

Along mula menjeling..Tajam dengan hujung mata.

"Dah la adik...Kak Long dah ada 6 adik..cukup la...Eiiii kalau dapat adik beza 23 tahun..Xse!!!!!"

"Kakak pun xse la adik"

"Adik tak kira..nak adik..nak adik...adik xdop adik pom lagi..mana aci"

"Eiiii budak ni..tunggu anak Kak Long je la...."

"Bila??Adik nak juga adik"



















Ragam adiik yang bakal aku rindui kelak.Berat makin hari makin naik..dah 40+++ dah.Umur baru 10 tahun.Mahu nye lawan kakak nanti










KISAH ICHIK PULAK



Berapa hari je lagi untuk UPSR..Congratz utk TRIALS hari tu..Good boy..Baru menyambut ulangtahun kelahiran 2308..dah tua adik kakak...Makin tua patutnya makin baek la eh..

Teman bergaduh adik...Bising....








Moga dirimu menjadi pembela agama kelak















LABU DAN KETURUNANNYA


















Orang panggil InOue si penternak kucing.Gelaran Muiz lak ABu HURAIRAH....memang kerja yang berjaya.

Keturunan Labu dah makin banyak dan semua comey2(perasan)..Ramai yang duk menagih nak kan anak kucing.Sory ayah terlalu sayang pada cucu2nya...








Senarai nama kucing

Labu

Swan Tiger

Musang

Amus

Ajil

Lia

Sina

Musang

Pinky

&Brain

Boa Meow

Big Cat

bla bla bla..xigt dah

1 comment:

sinar_islami said...

kim slm kat adek2 inoue ngan haziq ya..