Wednesday, July 16, 2008

~SunBuRn di MaTrOh SiWa~

PaRt 1

Rehlah Mahabbah Matroh dan Siwa 08
13-150708
"berjalan ,melihat dan mentafsir"
Rehlah yang amat menarik.Kami berkumpul kat ARMA seawal 1o mlm.Dan sungguh penantian itu satu penyeksaan.Bas datang lambat.Petanda awal kepada masalah lebih besar.
Bertolak lebih kurang pukul 1 pagi dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam.
Satu kerja wajib bila menjejakkan kaki ke bas..tidur dan tidur dan tidur..
Sampai ke Matoh dalam 9 pagi.Permandangan yang sungguh berbeza dengan Cairo.Dengan laut membiru,pelbagai tone,semua yang tidur terbangun dek keindahan ciptaan ALLAH.
Check in penginapan dan aktiviti bebas sebelum memulakan perjalanan selepas zuhur.


DAY 1



Destinasi 1
PANTAI CLEOPATRA


Kata ustaz Rahim di pantai inilah tempat bertemunya Cleopatra dan Mark Anthony.Menjadi tempat rehat mereka berdua.Subhanallah..terlalu indah ciptaan ALLAH.Air teramatlahlah biru dengan batu2 yang pelbagai bentuk.Tempat yang menjadi mimpi ngeri bagi BinTu..tergolek dek batu yang licin.Jatuh saja takpe tapi rosak hanset bukanlah sesuatu yang “tak ape”


di sinilah bersatunya cinta Cleopatra & Mark Anthony



terlalu indah untuk digambarkan dengan kata2





menyepak air laut itu bukanlah suatu tindakan yang kurang bijak malah sia-sia





daku ingin terbang tinggi malah terapung2 di lautan biru









Destinasi #2
HAMAM CLEOPATRA


Menjadi tempat mandi Cleopatra.Mengikut sejarah Celopatra ada 3 tempat mandi(mungkin hobi dia suka mandi merata-rata tempat kot) iaitu di SIWA,MATRUH n ALEX..Jauhnya jarak antara satu bilik air(istilah moden) dengan satu bilik air lain.

Yang uniknya dengan HAMAM CLEOPATRA ialah ia dibentuk secara semulajadi dimana sebiji batu besar di tengah2 laut yang ditebuk di bahagian depan dan belakang.So bila air melanggar batu tersebut dari bahagian belakang,air akan masuk mengikut lubang yang di tebuk dibelakang dan akan keluar mengikut lubang depan yang ditebuk.Cleopatra akan berada di tengah2 dalam batu tersebut.So tiap kali air or ombak melanggar batu itu,Cleopatra akan dibasahi air.Sungguh berbahaya cara Cleopatra mandi.









inilah dia biji batu yang ditebuk yang berada di tengah2 lautan nan membiru.Sila lihat lubang di tengah2 batu tersebut.Itu adalah laluan masuk Cleopatra ke tempat mandinya.Tindakan yang sungguh berani mandi dengan pukulan air laut.





Inilah Cleopatra yang digembar-gemburkan.Cantikkah beliau? Beri penilaian sendiri.Patung dia ini berdiri(??) megah di tepi pantai Cleopatra.


Beginilah cara shower Cleopatra.Di tempat pukulan air pada batu tersebut ada lubang yang ditebuk.So setiap kali air melanggar batu,ia akan masuk melalui lubang yang ada untuk masuk ke ruang tengah di mana berdirinya Cleopatra untuk mandi.UNIC











Destinasi#3
PANTAI AJIBAH


A’jibah bermaksud ajaib.Dinamakan sedemikian kerana penduduk Siwa sendiri merasa kagum kerana laut ini bertukar menjadi 7 color menjelang “sunset”.Bukanlah 7 color seperti pelangi tetapi 7 tone color yang berbeza.Mungkin disebabkan sinaran matahari dan kandungan dalam laut tersebut yang menjadikan ia 7 color.Tapi sebenar2 pencipta yang AGUNG itu tidak lain dan tidak bukan ALLAH yang ESA..














Pandangan dari sudut atas.Dapat dilihat tone kaler yang berbeza(hanya sedikit pada ketika ini).Laut ini akan berubah kepada 7 tone kaler bila seaweed(layer paling depan) bertukar maroon.Kena pandai bajet









Bahagian bawah Pantai A'jibah..Juga mengkagumkan..












Destinasi#4
PASAR LIBYA


Pasar berhampiran dengan penempatan kami.Tak ada apa yang istimewa di sini.Sama sahaja seperti Pasar Sayeeda Zeinab.Menjual lebih kepada pakaian,kasut dan beg.Pengalaman pertama shopping diikuti lelaki(musyriff)…Merasa agak tidak bebas untuk memilih..Nak beli barang yang pelik2 sikit pun rasa segan.So terpaksa tengok dari jauh je.Merancang untuk pergi kali kedua di siang hari tanpa Musyrif tapi tak sempat.




Tamat perjalanan hari pertama lebih kurang pukul 11 malam.Terpaksa balik berjalan kaki yang memakan masa lebih kurang setengah jam balik ke penginapan lantaran pak cik bas yang kononnya penat.
Dinner pukul 2 pagi ^_^

2 comments:

~athirah nadia~ said...

subhanaalah~
cantiknye ciptaanNya..
bestnye ino bley g jln2..
hheehe..
:)

Syazwani'Aqilah said...

huhu..canteklah..

huhu..nnt kalao ore smpai sana nak tuntut g sana..
SUBHANALLAH..indah nye ciptaanMU..