Pada kelas terakhir GIT,Physiology,kami belajar satu tajuk yang agak menarik.Defecation atau istilah bahasa Melayunya adalah "buang air besar".Mungkin ramai yang jijik bila mendengar istilah ini.Tapi setelah selesai belajar subjek ini ,barulah saya sedar,betapa benda yang kita pandang ringan ini sebenarnya amat sempurna penciptaanya.Maha Kuasa ALLAH yang memiliki segala yang di langit dan di bumi.
Mari kita lihat bagaimana proses "defecation" ini berlaku.
"Defecation" akan berlaku pada bahagian paling akhir usus besar kita yang dipanggil "rectum". Rectum terdiri daripada 2 "sphincter" atau mungkin dalam bahasa Melayunya "injap" (tak dapat nak cari istilah yang betul) iaitu "Internal Spinchter" dan "External Sphincter".Kedua-dua injap ini dikawal oleh sistem saraf tertentu yang berpusat di "spinal cord"@ tulang belakang.
Buang air besar akan berlaku bila kedua-dua injap ini terbuka.Macam mana injap ini akan terbuka? Ia akan terbuka bila "rectum" kita diberi tekanan dari dalam oleh "stool"@"bahan buangan" kita. Bila "rectum" kita ditolak dari dalam,impuls akan dihantar ke pusat kawalan dan refleks akan dihantar balik ke injap supaya dibuka untuk "defecation" berlaku."Internal sphincter" akan mula terbuka bila tekanan meningkat kepada 18mmHg.Manakala kedua-dua injap akan terbuka bila tekanan telah mencapai 55mmHg dan barulah buang air besar akan berlaku.
Tapi keadaan ini akan berlaku hanya kepada bayi yang kawalan refleksnya belum sempurna.
"Constipation" atau sembelit masalah yang selalu terjadi kepada sesetengah golongan daripada kita.Sembelit biasanya akan berlaku bila kita kerap menahan keinginan untuk membuang air besar pada pertama kali ia dirasakan(natural defecation reflex). Bila kita menahan keinginan pertama, reflex untuk membuang air besar selepas itu adalah tidak akan seefektif dan sekuat "natural defecation reflex" tadi yang terjadi secara semulajadinya.
Jadi salah satu cara untuk mengelakkan masalah sembelit adalah makan sarapan.Kenapa? Setiap hari usus besar kita akan sekali sekala melakukan "MASS MOVEMENT" iaitu pengecutan usus besar kita pada jarak yang lebih besar dan kuat untuk menolak "feces" @ bahan buangan kita pada jarak yang lebih jauh."Mass movement" hanya berlaku beberapa kali sahaja dalam sehari terutamanya selepas sarapan.Jadi bagi mereka yang mengalami masalah sembelit dinasihatkan memakan sarapan dan mengambil faedah daripada "mass movemment" ini.Ramai yang "complain" terpaksa masuk tandas setiap kali selepas sarapan.Inilah bukti keberkesanan "mass movement" ini.Bagi yang mengalami masalah sembelit , disarankan mengamalkan pengambilan sarapan setiap pagi.
Selepas selesai belajar tajuk ini,memang diri terasa amat kagum.Benda yang tak pernah kita fikirkan sebenarnya amat kompleks prosesnya.Syukur pada ALLAH yang menciptakan sekecil-kecil benda dengan begitu sempurna.Inilah bukti kekuasaan penciptaanNYA yang tak mungkin dapat kita nafikan.Bila kita belajar bagaimana sistem badan kita berfungsi,rasa kehambaan kita makin meningkat.Betapa kecil dan hinanya kita di hadapan ALLAH.Untuk mencipta sehelai rambut pun adalah mustahil bagi kita.
Daripada itu ,mana mungkin kita ingkar dan melanggar perintah ALLAH.Kita bukanlah siapa-siapa untuk berbangga diri di hadapanNYA.Cukupkah amalan kita untuk menjadi bekal berhadapan denganNYA kelak di Mahsyar.Sudah sempurnakah kewajipan kita padaNya untuk menjadi pemberat Mizan kita kelak?
Tak usah kita meninggi diri di hadapan manusia lain kerana kita adalah sama di hadapan ALLAH.Yang membezakan kita hanyalah satu,nilai iman dan taqwa kita.Walau sekaya mana pun kita,walau setinggi mana pun kedudukan kita,kita tetap dipandang hina oleh ALLAH andai iman dan taqwa hilang dari hati dan jiwa kita.Jangan biarkan diri kita jauh dari rahmat dan kasih sayang ALLAH.Dekat2kan diri dengan ALLAH.Moga nilai iman kita bertambah dan kita berpeluang menikmati halawatul iman.InsyaALLAH....
Daripada Abu Hurairah r.a ,Nabi s.a.w bersabda :"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad dan rupa bentuk kamu tetapi ALLAH melihat kepada hati-hati kamu"
(Riwayat Muslim)
"learning the highest creation of ALLAH is never easy"
No comments:
Post a Comment