Tuesday, October 7, 2008

~Hari ItU~

keluarga bahagia bersama2


adik2 beradik sporting..
kasih ayah selamanya
sama comel sama lawa sama hensem
kek9 yang berjaya disiapkan pada malam raya

Monday, August 25, 2008

dah hampir sebulan duduk kat rumah.Suasana riuh rendah adik2 sangat berharga.Tak mungkin aku dapat cari gantinya di tempat lain.Benda inilah yang pasti akan menjadi kerinduan aku nanti.Ramadhan semakin menghampiri.Terlalu rindu aku pada bulan penuh keberkatan ini.Azam pada diri membara.Tahun ni tak sama dengan 2 tahun kebelakang.Tahun ni aku akan habiskan 30@29 hari puasa di Malaysia.Aku akui aku merindui suasana kemeriahan Ramadhan di bumi anbiya’ sana.

Kawan2 yang tengah amik durr buat elok2.Sedarlah anda semua sedang menikmati kasih sayang ALLAH yang mungkin orang lain tak mampu untuk menikmatinya.Moga kalian diberi kekuatan olehNYA.




Mak sedara aku ALHAMDULILLAH dikurniakan anak yang ke3 setelah 9tahun tak mendapat cahaya mata.So,masa aku banyak dihabiskan dengan bayi yang baru nak mengenal dunia ini,ADAM HAZIQ…setiap kali bersama dengan HAZIQ hati aku memuji2 kebesaran ALLAH..Begitu suci nya bayi2 yang baru dilahirkan.Tiada walau setitis pun dosa noda pada dirinya.
Terlalu suci kalau nak dibandingkan dengan diri kita yang kebanyakannya telah jauh menyimpang dari fitrah sebenar penciptaan kita.Aku terfikir..dahulu semua manusia lahir sesuci HAZIQ.Tidak mengenal dosa …hidup menurut sunatullah.Tapi mengapa bila dewasa menjelma..ramai yang terjerumus ke jalan yang salah.Bila melihat drama2 di tv ,masyarakat yang digambarkan seolah2 hidup tanpa agama.Aurat.pergaulan,muamalat sesama manusia langsung tidak dipelihara sebagaimana yang Islam tegakkan.Kehidupan mewah berajakan nafsu dan keduniaan begitu meluas.Jarang aku lihat cerita yang mengajak masyarakat mengubah pemikiran dan cara hidup ke arah kehidupan yang telah ALLAH tetapkan

“Aku loya nak tengok TV.Orang Melayu semua nak jadi mat salleh”

Luah seorang kawan aku waktu kami chatting.Aku setuju dengan kata2nya.Masyarakat akan rosak jika terlalu didedahkan dengan cara hidup yang jauh menyimpang dari cara hidup ISLAM yang sebenar.


Moga kita semua sentiasa dilindungi dari anasir2 tidak sehat ini.Moga ALLAH kekalkan nikmat iman dan Islam dalam jiwa2 kita


















PERMINTAAN ADIK YANG PELIK





Disebabkan adanya baby yang baru...semua orang tak senang duduk..Semua berebut.Aku hampir tiap hari akan habiskan masa dengan HAZIQ.Hari2 HAZIQ jadi orang nomad berpindah dari rumah SU ke rumah aku.Adik bongsu kesayangan aku ..mungkin sebab tak ada adik kot dia jadi camni.Kalau sebelum ni asyik kiss kucing2 sekarang dia dah ada sasaran baru.Penyek pipi HAZIQ yang buntal kena tenyeh ngn adik SYAH..Dari situ aku tengok rupanya adik ni suka kat baby.

Maka bermulalah permintaan pelik adik

"NAk adik..nak Adik..nak Adik!!!!!"

Along mula menjeling..Tajam dengan hujung mata.

"Dah la adik...Kak Long dah ada 6 adik..cukup la...Eiiii kalau dapat adik beza 23 tahun..Xse!!!!!"

"Kakak pun xse la adik"

"Adik tak kira..nak adik..nak adik...adik xdop adik pom lagi..mana aci"

"Eiiii budak ni..tunggu anak Kak Long je la...."

"Bila??Adik nak juga adik"



















Ragam adiik yang bakal aku rindui kelak.Berat makin hari makin naik..dah 40+++ dah.Umur baru 10 tahun.Mahu nye lawan kakak nanti










KISAH ICHIK PULAK



Berapa hari je lagi untuk UPSR..Congratz utk TRIALS hari tu..Good boy..Baru menyambut ulangtahun kelahiran 2308..dah tua adik kakak...Makin tua patutnya makin baek la eh..

Teman bergaduh adik...Bising....








Moga dirimu menjadi pembela agama kelak















LABU DAN KETURUNANNYA


















Orang panggil InOue si penternak kucing.Gelaran Muiz lak ABu HURAIRAH....memang kerja yang berjaya.

Keturunan Labu dah makin banyak dan semua comey2(perasan)..Ramai yang duk menagih nak kan anak kucing.Sory ayah terlalu sayang pada cucu2nya...








Senarai nama kucing

Labu

Swan Tiger

Musang

Amus

Ajil

Lia

Sina

Musang

Pinky

&Brain

Boa Meow

Big Cat

bla bla bla..xigt dah

Saturday, August 16, 2008

~DiA dAh MenggAPai BintAngNYa~

GALERI KONVO ALONG 120808







Nik NorHafiza BinTi Rozik








aku kini telah berjaya




menggenggam ijazah

adik2 ..sila jadi macam alOnG
bakal guru yang bakal mewarnai dunia kanak2
gaya yang sangat di-anti- oleh ayah
cik ayah tersayang
bunga mana yang lebih cantik?
mengimbau kenangan lama...mereka berdua juga pernah menyarung jubah di univ ini:P
dis is from me to her...so beautiful eh??

Saturday, August 9, 2008





Hidup tak selalunya indah
Ada suka dan ada duka
Yang paling penting
Kita sedar dan kita tahu
Semua itu adalah yang terbaik untuk kita
Tak dapat apa yang kita nak
Tak bermakna DIA tak menyayangi kita
Tapi DIA punya perancangan
yang jauh lebih baik untuk kita
Sedang kita langsung tak menyedarinya
Yang kita tahu cuma mengeluh
Bersedih,tersungkur jatuh
dan tak tahu bila untuk kembali berdiri
Kenapa?
Kenapa kita begitu kejam kepada diri kita sendiri
Kenapa kita menghukum diri sendiri
Kenapa kita masih ragu-ragu untuk bangkit
Sedangkan kasih sayangNYA pada kita
Langsung tak berkurang
Langsung tak pernah pudar
Andai kita tahu bagaimana untuk meraihnya
Cuba jadi hamba yang tahu bersyukur
Yang bukan hanya tahu merintih bila DIA tak penuhi hajat kita
Sama-sama kita nikmati kasih sayangNYA
Kerana tak semua insan
Mampu menjadi yang TERPILIH














Wednesday, August 6, 2008

~RiNDu TerUbAt~


280708,Selasa



Sahabat yang same2 mengharung perjalanan berjam2 lamanya





Tepat jam 10:03 a.m flight dari Bahrain selamat mendarat di KLIA.Perjalanan 2jam 50min dari Cairo ke Bahrain,4jam transit di Bahrain,7jam30min dari Bahrain ke Kuala Lumpur akhirnya berakhir.Ringkasnya perjalanan kali ini adalah versi sedih sebab hati agak berat meninggalkan Mesir.(dun know why ..air mata mengalir2 sepanjang menunggu nak naik flight kat Cairo…Ida geram asyik nak ketuk InOuE)

Perjalanan tak berakhir kat situ.Masih ada 55min berbaki untuk balik Klate.Got to get the earliest ticket.3.10pm..Lama lagi…terpaksa merewang2 di KLIA smbil cari makan,Buy new no. n till now cannot remember it well but it start with 019 29……….

Masa check in di KLIA nak balik klate..d only ONE that had to pay for d extra baggage..Memang agak tak taksub untuk balik but still wonder why my bag was heavier than last year:P..Kepulangan anak yang jauh disambut cik,ayah,adik n along.Yang len still at school..









Sampai di rumah agak terkejut.Dah siap2 masak ala2 kenduri kesyukuran.Semua sedara2 datang.Banyak muka2 yang dah berubah.Bdak kecik yang dulu xreti bercakap dan berjalan dah pandai lari2..Syukur2 masih dipanjangkan usia.

2 hari awal di Klate sibuk melayan sedara2 yang datang.(Haih,rombongan meminang xde plak:P)










my tembam twin...sape yang tak caya InOuE ada kembar??? ni buktinya...nah amik
















Then,hari Khamis malam ikut ALoNg balik UKM..Kena gi sana amik jubah for her Graduation Day..Took the night bus.8hours to get there..Lawan tidur atas bas n ALONG menang as jetlag tak hilang lagi..Pagi jumaat menyamar jadi bdk UKM.3jam beratur tolong ambilkan jubah kawan kepada kawan ALONG.Penat tak usah dikata,hanya nasi yang jadi igauan.

Lepas amik jubah Along terus naik komuter g NILAI jumpa kembar tembam tersayang.Miss her a lot.Bermalam kat situ n menghabiskan hari Sabtu bersama2 dia.Together 3 sisters…..Rindu terubat.Took night bus again back to Klate.Sampai kt Klate Ahad pagi… …






Benda2 baru yang berlaku

1) Su punya Adam Haziq si baby kecil yang bakal jadi teman bermain aku


2) Adik yang dulu hanya tinggi takat paras dada kini dah mencapai takat hidung aku dengan berat 40kg. (10years old boy).Bulat2


3) Keturunan Labu dah bertambah.15 ekor.Antarnya TOK JANGGUT,MUSANG,RAJA,BIG CAT,(can’t remember all the weird name given by my bro)


4) Muiz makin hensem


5) Ada penambahan sebiji akuarium besar di rumah means I got new frens(ayah’s new cucu)


6) Also ayah got new car(same name with me.5885…)


7) Still berusaha dengan ALonG merealisasikan padang Golf yang tak siap2


8) ALONG dah terer bawa keta(sungguh tak sangka)










10 years old boy wif 40kilos...sape bleh lawan?










keturunan Labu mula bertambah populasi..dengan itu rumah meka makin besar...lebih selesa..hari pelepasan cuma jumaat sabtu












Muiz makin hensem...sama cam kakak dia yang makin chumel :P

Wednesday, July 23, 2008

~SunBuRn di MaTrOh SiWa~




HARI 2

SIWA

Bertolak seawal 7 pagi dari MATRUH.Perjalanan memakan masa 4 jam.Perjalanan jauh lagi.Pak cik bas mula tunjuk belang.Macam2 hal.Puah ust Rahim mnta semua berdoa moga p.cik ni tenang sikit.Bak kata sumone “ORANG ARAB NI TAK TAHU ERTI BOSS-CLIENT”.Melawan je keje pakcik ni.Apa pun semua tu rancangan ALLAH.Mungkin nak menguji kesabaran para peserta.Juga tak lupa di uji dengan hujan di tengah panas padang pasir tapi sebelah timur je(??)..Sedey2.Orang lain lena tidur kita dipaksa berjaga oleh titisan2 air aircond yang bocor.Sampai mengigau2 kawan ni dibuatya.Sedikit sebanyak benda ni menganggu mood berjalan kami.Adeyh…

beginilah suasana dalam bas sepanjang perjalanan.Air hujan terpaksa ditampung guna langsir lantaran tak bawa basin..










Pengenalan kepada Siwa
(Petikan pamplet)

Oasis Siwa dikelilingi oleh padang pasir yang luas dan terletak di bahagian barat Qattara di tengah2 padang pasir Libya dalam negeri Mesir.Jaraknya ke tenggara Matroh adalah 300km.Siwa adalah pusat kebudayaan yang aktif di Mesir dan sebuah tokong dibina di sini bagi menghormati Amon-Re(tuhan matahari)~sejarah~

Alexander The Great merupakan orang penting yang melawat Siwa.Pada tahun 313SM beliau mendakwa dirinya sebagai Firaun dan Berjaya menawan Mesir tanpa pertumpahan darah dan mengasaskan Bandar Alexandria.Menjadi tempat istimewa bagi beliau kerana mengarahkan apabila beliau mati,minta supaya dikebumikan di situ.


Siwa ada 3 nama lain

~Jazirah Malah as it’s being surrounded by Tasik Malah(garam)
~Jazirah Balah :dikelilingi oleh batang2 tamar nan menghijau
~Jazirah Fatmas~ means “subur”,nama ini diberi oleh orang German

Siwa adalah pengeluar tamar ke-2 terbesar di dunia.Tempat mana yang terbesar masih dalam kajian tapi hipotesis kuat menyatankan Arab Saudi(sape yang tahu bleh berkongsi)



Kami sampai di Siwa dalam pukul 11 lebih.Disebabakan penduduk Siwa menggunakan bahasa Barbar yang sangat susah untuk difahami,kami terpaksa menggunakan translator iaitu imam masjid di sana.Kami berhenti solat Zuhur n Asar(jamak) di masjid dan having lunch kat umah pak Imam tadi,selesai makan Tuan Sheikh menerangkan serba sedikit psl tempat yang bakal kami lawati sekejap lagi.Ternganga2 kami mendengar ucapan “arab” yang kurang kami fahami.Siap ada yang terlentok lagi.Tuan Sheikh ni pelajar Azhar dan sgt suka kepada bdk Melayu.Tn Sheikh pun terer cakap Melayu.Terkagum kami.Dah habis makan semua2 kami bergerak ke destinasi #1






Destinasi # 1

Kota Lama Siwa

Terletak antara 2 bukit.Dari sini kita boleh lihat 3 tempat yang bakal dilawati selepas Kota Lama Siwa iaitu Tasik Garam(xsempat pegi),Qal’ah Iskandariah,Jabal Mauta.

Kawasan ini sangat subur dan terletak 18m bawah paras laut.So kawasan ini sejuk sedikit berbanding tempat lain.Kota ini dibina sedikit tinggi memandangkan kedudukannya yang rendah.Mempunyai lebih kurang 20ribu penduduk.Bandar ini mempunyai 2 pintu..Penduduk bandar Siwa hanya akan keluar sebulan sekali untuk mengutip hasil pertanian dan masa selebihnya dihabiskan di dalam kota.

Takjub melihat binaan kota ini yang seakan2 “sarang semut”.Istilah sendiri ni.Bukit2 ditebuk untuk dijadikan kediaman.Macam semut la.Dari atas kota ni juga kita boleh lihat pokok2 tamar menghijau mengelilingi kita.No wonder la siwa pengeluar ke2 terbesar tamar di dunia.

Orang Rome,Yunani dan Babylon pernah berebut untuk meguasai Siwa pada suatu masa dulu kerana oasisnya


taxi yang teramat menarik.Bukan senang nak jumpa perkhidmatan cenggini.2 ginih/kepala.Quite expensive eh





pandangan dari dekat.Kota Lama Siwa,see like 'sarang semut' rite??No one can deny me ah..





Destinasi # 2

Qal’ah Iskandariah

Mempunyai 3 bilik,2 bilik kecil dan satu bilik besar.Iskandar akan duduk di bilik besar dipisahkankan oleh tabir dan para penduduk akan beratur menunggu giliran di 2 bilik kecil lain.Dia dianggap sebagai utusan Tuhan dan sebagai jalan penghubung kepada penduduk untuk menyampaikan hajat kepada Amon –Re..


Pernah digunakan sebagai kubu tentera German during Perang Dunia ke-2.



gini la gamaknya camne penduduk dulu datang berjumpa Alexander supaya tolong sampaikan hajat kat Amon-Re..Good demonstration Bintu








Destinasi # 3

Kuil Amoun

Tak ada apa di kawasan ini melainkan tiang2 besar berukir dengan tulisan purba masyarakat Mesir.Masyarakat Siwa sendiri pelik bagaimana tiang2 besat tersebut boleh dibawa ke situ.

Disebabkan driver yang tak tahu erti BOSS-CLIENT,kami tak dibenarkan turun.Hanya mampu melihat dan mengambil gambar dari dalam bas.



sile perhatikan gambar2 pak cik2 Firaun tengah menari.Tu la tulisan hearoglif(wrong spelling) yang kita blaja dulu









Destinasi # 4

Kolam Cleopatra (again???)


Terpaksa melalui kawasan hutan(???) sedikit.Driver bas mesti dah menyumpah2 dalam hati.Jalan yang agak sempit.Kedalaman kolam ini adalah 5m.Sewaktu sampai di kolam tersebut terdapat 3,4 orang kanak2 setempat seronok berenang di tempat Cleopatra penah mandi.(bkan senang tu).Kami gerun melihat telatah kanak2 tersebut(sebab diri sendiri tak reti berenang).

Yang ajaib,kola mini tak pernah kering sejak beribu2 tahun dulu lagi.Kuasa ALLAH.Tak dapat nak duduk lama di sini.Driver dah mula bising


well..i guess everyone understand this







Destinasi #5
Jabal Mauta



Dengar nama dah cukup menggerunkan kami.Ust Rahim mula bagi penerangan dan peringatan kepda kami.Jabal Mauta adalah bukit yang ditebuk2 untuk menyimpan mumia,n again looks like sarang semut…Seriau….Ust Rahim ajar kami zikir2 bagi melindungi diri dari gangguan2 yang tak sepatutnya.Masing2 saling berpegangan tangan.Cuak.Kami dibawa masuk ke salah satu bilik mumia.Dan di situ terdapat tulisan2 yang menceritakan tentang perkahwina Cleopatra dan Mark Anthony,ust Rahim pesan jangan pegang tulisan2 tersebut.Kawsan sihir.Rasanya sepanjang jaulah nilah masa peserta2 jaulah paling senyap.Takut n cuak masing2 tak putus berzikir dalam hati.Masuk bilik yang gelap gelita itu sedikit sebanyak menggoncang keberanian kami

Lepas masuk bilik2 mumia tersebut,kami keluar.Wat expedisi mencari tulang,Yey!! Inoue Berjaya menemui

~Femur
~Scapula
~pieces of skull







see??? macam sarang semut lagi kan? wahohoho kat situ la mumia2 bersemadi





again...pandangan dari dekat.Masing2 cuak






ni lah hasil pencarian ahli arkeologi InOuE..See the scapula? Glenoid cavity je yang tggl.Yang len dh hilang kot

Kebanyakan mumia dah dipndahkan.Yang serpihan2 ni mungkin tak dpt nak dicantum balik kot so sb tu la dibiarkan cenggitu jek

Rasanya itu destinasi terakhir kami kot pada hari ke-2.Sepatutnya kami ke tasik Garam tapi sekali lagi disbbakn ketidakfahaman BOSS-CLIENT,kami akur.Lawatan kami ke kilang pemprosesan air mineral Siwa juga gagal.Naik bas balik Matruh.Hari yang memenatkan dengan karenah driver yang bermacam.Kesian pak musyrif yang letih bertekak dengan driver yang kurang sedikit sifat sabar dan tenang.







Wednesday, July 16, 2008

~SunBuRn di MaTrOh SiWa~

PaRt 1

Rehlah Mahabbah Matroh dan Siwa 08
13-150708
"berjalan ,melihat dan mentafsir"
Rehlah yang amat menarik.Kami berkumpul kat ARMA seawal 1o mlm.Dan sungguh penantian itu satu penyeksaan.Bas datang lambat.Petanda awal kepada masalah lebih besar.
Bertolak lebih kurang pukul 1 pagi dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam.
Satu kerja wajib bila menjejakkan kaki ke bas..tidur dan tidur dan tidur..
Sampai ke Matoh dalam 9 pagi.Permandangan yang sungguh berbeza dengan Cairo.Dengan laut membiru,pelbagai tone,semua yang tidur terbangun dek keindahan ciptaan ALLAH.
Check in penginapan dan aktiviti bebas sebelum memulakan perjalanan selepas zuhur.


DAY 1



Destinasi 1
PANTAI CLEOPATRA


Kata ustaz Rahim di pantai inilah tempat bertemunya Cleopatra dan Mark Anthony.Menjadi tempat rehat mereka berdua.Subhanallah..terlalu indah ciptaan ALLAH.Air teramatlahlah biru dengan batu2 yang pelbagai bentuk.Tempat yang menjadi mimpi ngeri bagi BinTu..tergolek dek batu yang licin.Jatuh saja takpe tapi rosak hanset bukanlah sesuatu yang “tak ape”


di sinilah bersatunya cinta Cleopatra & Mark Anthony



terlalu indah untuk digambarkan dengan kata2





menyepak air laut itu bukanlah suatu tindakan yang kurang bijak malah sia-sia





daku ingin terbang tinggi malah terapung2 di lautan biru









Destinasi #2
HAMAM CLEOPATRA


Menjadi tempat mandi Cleopatra.Mengikut sejarah Celopatra ada 3 tempat mandi(mungkin hobi dia suka mandi merata-rata tempat kot) iaitu di SIWA,MATRUH n ALEX..Jauhnya jarak antara satu bilik air(istilah moden) dengan satu bilik air lain.

Yang uniknya dengan HAMAM CLEOPATRA ialah ia dibentuk secara semulajadi dimana sebiji batu besar di tengah2 laut yang ditebuk di bahagian depan dan belakang.So bila air melanggar batu tersebut dari bahagian belakang,air akan masuk mengikut lubang yang di tebuk dibelakang dan akan keluar mengikut lubang depan yang ditebuk.Cleopatra akan berada di tengah2 dalam batu tersebut.So tiap kali air or ombak melanggar batu itu,Cleopatra akan dibasahi air.Sungguh berbahaya cara Cleopatra mandi.









inilah dia biji batu yang ditebuk yang berada di tengah2 lautan nan membiru.Sila lihat lubang di tengah2 batu tersebut.Itu adalah laluan masuk Cleopatra ke tempat mandinya.Tindakan yang sungguh berani mandi dengan pukulan air laut.





Inilah Cleopatra yang digembar-gemburkan.Cantikkah beliau? Beri penilaian sendiri.Patung dia ini berdiri(??) megah di tepi pantai Cleopatra.


Beginilah cara shower Cleopatra.Di tempat pukulan air pada batu tersebut ada lubang yang ditebuk.So setiap kali air melanggar batu,ia akan masuk melalui lubang yang ada untuk masuk ke ruang tengah di mana berdirinya Cleopatra untuk mandi.UNIC











Destinasi#3
PANTAI AJIBAH


A’jibah bermaksud ajaib.Dinamakan sedemikian kerana penduduk Siwa sendiri merasa kagum kerana laut ini bertukar menjadi 7 color menjelang “sunset”.Bukanlah 7 color seperti pelangi tetapi 7 tone color yang berbeza.Mungkin disebabkan sinaran matahari dan kandungan dalam laut tersebut yang menjadikan ia 7 color.Tapi sebenar2 pencipta yang AGUNG itu tidak lain dan tidak bukan ALLAH yang ESA..














Pandangan dari sudut atas.Dapat dilihat tone kaler yang berbeza(hanya sedikit pada ketika ini).Laut ini akan berubah kepada 7 tone kaler bila seaweed(layer paling depan) bertukar maroon.Kena pandai bajet









Bahagian bawah Pantai A'jibah..Juga mengkagumkan..












Destinasi#4
PASAR LIBYA


Pasar berhampiran dengan penempatan kami.Tak ada apa yang istimewa di sini.Sama sahaja seperti Pasar Sayeeda Zeinab.Menjual lebih kepada pakaian,kasut dan beg.Pengalaman pertama shopping diikuti lelaki(musyriff)…Merasa agak tidak bebas untuk memilih..Nak beli barang yang pelik2 sikit pun rasa segan.So terpaksa tengok dari jauh je.Merancang untuk pergi kali kedua di siang hari tanpa Musyrif tapi tak sempat.




Tamat perjalanan hari pertama lebih kurang pukul 11 malam.Terpaksa balik berjalan kaki yang memakan masa lebih kurang setengah jam balik ke penginapan lantaran pak cik bas yang kononnya penat.
Dinner pukul 2 pagi ^_^