BAB 11: CARA RASULULLAH MERAWAT LUKA Dalam Sahih Al Bukhari dan Muslim ada hadis yang diriwayatkan dari abu Hazim bahawa dia pernah mendengar Sahal bin Saad ditanya ttg cara mengubat dan merawat luka yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w pada peperangan Uhud.
Dikisahkan ketika peperangan itu wajah baginda terluka dan tulang pipinya patah bahkan topi besi baginda juga pecah.Konon Fatimah sendiri yang mencuci darah baginda manakala Ali menuangkan air ke atas tangannya.
Ketika Fatimah melihat darah pada Rasulullah s.a.w semakin banyak mengalir,dia mengambil tikar daun dan membakarnya.Selepas menjadi abu Fatimah menampalkan abu itu pada luka Rasulullah s.a.w .Darah pun berhenti mengalir kerana abu yang dibuat dr merang.
Ternyata abu amat berkhasiat menghentikan darah luka kerana mengandungi unsur pengering yang kuat namun tidak panas menggigit sebab ubat pengering luka yang kuat akan menghisap darah.Jika abu yang dicampurkan cuka dan disembur ke hidung orang yang keluar darah dari hidungnya ,darahnya juga akan berhenti mengalir. Di dalam kitab Al Qanun ditegaskan ;" Daun padi kering amat berguna mengering dan merawat luka yang masih basah.Kertas Mesir pada zaman dahulu dibuat dari daun ini.Gabungan daun ini bersifat sejuk dan kering,sedangkan abunya berguna merawat dan menghentikan darah yang mengalir pada luka,bahkan boleh mencegah jangkitan pada luka
|
No comments:
Post a Comment