And your Lord has commanded that you shall not serve (any) but Him, and goodness to your parents. If either or both of them reach old age with you, say not to them (so much as) "Ugh" nor rebuke them, and speak to them in honorable terms} [Qur'an Al-Israa 17:23]. Saat itu tak dapat Aku gambarkan Yang aku rasa kelahiranmu bagaikan satu petanda Permata keluarga Padamu ku curahkan kasih dan ku belai manja ku asuh dan ku sayangi dengan penuh mesra Setaut kasih aku hulurkan buatmu insan yang ku sayang Ungkapan doa aku panjatkan padaNya Bahagia selamnya Peribadi mulia contoh insan berjaya Kelak aku berbangga Jejari kecilmu menggapai Bak mencari erti hidup ini Suci dirimu umpama sutera putih Lembut jiwamu penyejuk hati ini Tulus harapan pada yang Maha penyayang Agar kau bahagia Selamanya....... (permata keluarga,Saujana) Sayu ..pilu..sedih..Perasaan bercampur baur apabila mendengar lagu ini.Ini antara lagu kegemaran yang sering masuk ikut external mahupun internal auditory meatus. Mungkin ini lah perasaan dan doa ibu bapa kita sebaik sahaja kita di lahirkan kat dunia ni.Rasa gembira,bersyukur,bangga pasti bersama mereka saat kita pertama kali membuka mata melihat dunia yang smntara ini...
Kita diasuh dengan penuh kasih sayang.walau sekor nyamuk pom tak diberi peluang mencuri darah dri superficial blood vessel kita.Sayangnya mereka pada kita.Sedang kita membesar ,tatkala growth hormone dirembes habis-habisan sebelum fusion antara epiphyseal cartilage n shaft of the bone terjadi ...kita tak sedar yang ibubapa kita are getting older n older.Tulang2 dh stat nak deposition,anterior pituitary dh nk stop rembes hormone...Kita seronok jek membesar menjadi dewasa yang bebas berbuat apa sahaja.Paling sedih ade yang langsung terus melupakan ibubapa setelah dewasa..
Bila dah jauh dari keluarga mcm skrg ni..betul2 mengajar menghargai ibubapa.Jauh ini la yang mngajar erti sebenar rindu..erti sebenar sayang...makna sebenar menghargai.Kalau dulu ungkapan i miss u ,l luv u seakan-akan begitu sukar untuk dilafazkan lantaran malu tpi skrg madah itu seolah-olah telah sebati dlm percakapan seharian.Setiap kali sms pasti istilah i luv u ayah..i miss u mum...menjadi lafaz bgi menzahirkan kasih dan cinta kita pada mereka....Indahnya hubungan kasih sayang yang ALLAH anugerahkan ini.
Kalau dulu nak peluk,segan..nak cium terasa malu,tapi kini pelukan dan ciuman itu lah yang dirindui.Tika berseorangan saat2 itu la yang menghantui jiwa.Rindu akan pelukan hangat itu..ciuman sayang itu..I miss it so much...
Kalau dulu leteran mak ayah terasa mcm api yang membakar jiwa muda kita.Tapi sekarang suara itu la yang sangat2 ingin didengari.Leteran itulah yang amat dirindui.Berada jauh dari mereka betul-betul membawa seribu hikmah...
Doa dari jauh ,hanya itu yang mampu dilakukan.Berdoa la untuk ibu bapa yang mewujudkan kita di bumi ini.Yang menzahirkan kita sbg seorang Muslim,yang menjadikan kita sebagaimana kita sekarang.
Diri ini amat bangga mempunyai mak ayah yang begitu...ntah.. xdpt nk gambarkan mulianya mereka.. betul2 terharu dengan mereka.Sejak dulu setiap kali exam or ader test xkira la written,practical, mahupun oral..time tgh exam tu la meka sama-sama buat smbhyang hajat agar di mudahkan segalanya. dan doa mereka betul2 membantu.Alhamdulillah...Betul la "Redha ALLAH ade pada redha ibu ayah"..Kalau mereka tak redhai kita xde ape la kita di dunia mahupun akhirat..
Itulah mak ayah kita.Bagaimana sekalipun anak mereka, kasih yang wujud xkan hilang. Doakan la mereka sentiasa.Dalam solat jgn la sekali-kali lupa mendoakan mak ayah kita. Doakan ALLAH ampunkan dosa mereka,panjangkan umur mereka,diberi kesihatan,jauhkan mereka dari segala kepayahan dan kesusahah,dijauhi segala malapetaka,dimurahkan rezeki,diberi kejayaan di dunia mahupun akhirat. Bagi yang telah tiada hanya doa anak2 yang soleh dpt mereka harapkan.Doakan moga kita dpt bersama mak ayah kita di taman2 syurga kelak..Ameen...
|