Wednesday, July 23, 2008

~SunBuRn di MaTrOh SiWa~




HARI 2

SIWA

Bertolak seawal 7 pagi dari MATRUH.Perjalanan memakan masa 4 jam.Perjalanan jauh lagi.Pak cik bas mula tunjuk belang.Macam2 hal.Puah ust Rahim mnta semua berdoa moga p.cik ni tenang sikit.Bak kata sumone “ORANG ARAB NI TAK TAHU ERTI BOSS-CLIENT”.Melawan je keje pakcik ni.Apa pun semua tu rancangan ALLAH.Mungkin nak menguji kesabaran para peserta.Juga tak lupa di uji dengan hujan di tengah panas padang pasir tapi sebelah timur je(??)..Sedey2.Orang lain lena tidur kita dipaksa berjaga oleh titisan2 air aircond yang bocor.Sampai mengigau2 kawan ni dibuatya.Sedikit sebanyak benda ni menganggu mood berjalan kami.Adeyh…

beginilah suasana dalam bas sepanjang perjalanan.Air hujan terpaksa ditampung guna langsir lantaran tak bawa basin..










Pengenalan kepada Siwa
(Petikan pamplet)

Oasis Siwa dikelilingi oleh padang pasir yang luas dan terletak di bahagian barat Qattara di tengah2 padang pasir Libya dalam negeri Mesir.Jaraknya ke tenggara Matroh adalah 300km.Siwa adalah pusat kebudayaan yang aktif di Mesir dan sebuah tokong dibina di sini bagi menghormati Amon-Re(tuhan matahari)~sejarah~

Alexander The Great merupakan orang penting yang melawat Siwa.Pada tahun 313SM beliau mendakwa dirinya sebagai Firaun dan Berjaya menawan Mesir tanpa pertumpahan darah dan mengasaskan Bandar Alexandria.Menjadi tempat istimewa bagi beliau kerana mengarahkan apabila beliau mati,minta supaya dikebumikan di situ.


Siwa ada 3 nama lain

~Jazirah Malah as it’s being surrounded by Tasik Malah(garam)
~Jazirah Balah :dikelilingi oleh batang2 tamar nan menghijau
~Jazirah Fatmas~ means “subur”,nama ini diberi oleh orang German

Siwa adalah pengeluar tamar ke-2 terbesar di dunia.Tempat mana yang terbesar masih dalam kajian tapi hipotesis kuat menyatankan Arab Saudi(sape yang tahu bleh berkongsi)



Kami sampai di Siwa dalam pukul 11 lebih.Disebabakan penduduk Siwa menggunakan bahasa Barbar yang sangat susah untuk difahami,kami terpaksa menggunakan translator iaitu imam masjid di sana.Kami berhenti solat Zuhur n Asar(jamak) di masjid dan having lunch kat umah pak Imam tadi,selesai makan Tuan Sheikh menerangkan serba sedikit psl tempat yang bakal kami lawati sekejap lagi.Ternganga2 kami mendengar ucapan “arab” yang kurang kami fahami.Siap ada yang terlentok lagi.Tuan Sheikh ni pelajar Azhar dan sgt suka kepada bdk Melayu.Tn Sheikh pun terer cakap Melayu.Terkagum kami.Dah habis makan semua2 kami bergerak ke destinasi #1






Destinasi # 1

Kota Lama Siwa

Terletak antara 2 bukit.Dari sini kita boleh lihat 3 tempat yang bakal dilawati selepas Kota Lama Siwa iaitu Tasik Garam(xsempat pegi),Qal’ah Iskandariah,Jabal Mauta.

Kawasan ini sangat subur dan terletak 18m bawah paras laut.So kawasan ini sejuk sedikit berbanding tempat lain.Kota ini dibina sedikit tinggi memandangkan kedudukannya yang rendah.Mempunyai lebih kurang 20ribu penduduk.Bandar ini mempunyai 2 pintu..Penduduk bandar Siwa hanya akan keluar sebulan sekali untuk mengutip hasil pertanian dan masa selebihnya dihabiskan di dalam kota.

Takjub melihat binaan kota ini yang seakan2 “sarang semut”.Istilah sendiri ni.Bukit2 ditebuk untuk dijadikan kediaman.Macam semut la.Dari atas kota ni juga kita boleh lihat pokok2 tamar menghijau mengelilingi kita.No wonder la siwa pengeluar ke2 terbesar tamar di dunia.

Orang Rome,Yunani dan Babylon pernah berebut untuk meguasai Siwa pada suatu masa dulu kerana oasisnya


taxi yang teramat menarik.Bukan senang nak jumpa perkhidmatan cenggini.2 ginih/kepala.Quite expensive eh





pandangan dari dekat.Kota Lama Siwa,see like 'sarang semut' rite??No one can deny me ah..





Destinasi # 2

Qal’ah Iskandariah

Mempunyai 3 bilik,2 bilik kecil dan satu bilik besar.Iskandar akan duduk di bilik besar dipisahkankan oleh tabir dan para penduduk akan beratur menunggu giliran di 2 bilik kecil lain.Dia dianggap sebagai utusan Tuhan dan sebagai jalan penghubung kepada penduduk untuk menyampaikan hajat kepada Amon –Re..


Pernah digunakan sebagai kubu tentera German during Perang Dunia ke-2.



gini la gamaknya camne penduduk dulu datang berjumpa Alexander supaya tolong sampaikan hajat kat Amon-Re..Good demonstration Bintu








Destinasi # 3

Kuil Amoun

Tak ada apa di kawasan ini melainkan tiang2 besar berukir dengan tulisan purba masyarakat Mesir.Masyarakat Siwa sendiri pelik bagaimana tiang2 besat tersebut boleh dibawa ke situ.

Disebabkan driver yang tak tahu erti BOSS-CLIENT,kami tak dibenarkan turun.Hanya mampu melihat dan mengambil gambar dari dalam bas.



sile perhatikan gambar2 pak cik2 Firaun tengah menari.Tu la tulisan hearoglif(wrong spelling) yang kita blaja dulu









Destinasi # 4

Kolam Cleopatra (again???)


Terpaksa melalui kawasan hutan(???) sedikit.Driver bas mesti dah menyumpah2 dalam hati.Jalan yang agak sempit.Kedalaman kolam ini adalah 5m.Sewaktu sampai di kolam tersebut terdapat 3,4 orang kanak2 setempat seronok berenang di tempat Cleopatra penah mandi.(bkan senang tu).Kami gerun melihat telatah kanak2 tersebut(sebab diri sendiri tak reti berenang).

Yang ajaib,kola mini tak pernah kering sejak beribu2 tahun dulu lagi.Kuasa ALLAH.Tak dapat nak duduk lama di sini.Driver dah mula bising


well..i guess everyone understand this







Destinasi #5
Jabal Mauta



Dengar nama dah cukup menggerunkan kami.Ust Rahim mula bagi penerangan dan peringatan kepda kami.Jabal Mauta adalah bukit yang ditebuk2 untuk menyimpan mumia,n again looks like sarang semut…Seriau….Ust Rahim ajar kami zikir2 bagi melindungi diri dari gangguan2 yang tak sepatutnya.Masing2 saling berpegangan tangan.Cuak.Kami dibawa masuk ke salah satu bilik mumia.Dan di situ terdapat tulisan2 yang menceritakan tentang perkahwina Cleopatra dan Mark Anthony,ust Rahim pesan jangan pegang tulisan2 tersebut.Kawsan sihir.Rasanya sepanjang jaulah nilah masa peserta2 jaulah paling senyap.Takut n cuak masing2 tak putus berzikir dalam hati.Masuk bilik yang gelap gelita itu sedikit sebanyak menggoncang keberanian kami

Lepas masuk bilik2 mumia tersebut,kami keluar.Wat expedisi mencari tulang,Yey!! Inoue Berjaya menemui

~Femur
~Scapula
~pieces of skull







see??? macam sarang semut lagi kan? wahohoho kat situ la mumia2 bersemadi





again...pandangan dari dekat.Masing2 cuak






ni lah hasil pencarian ahli arkeologi InOuE..See the scapula? Glenoid cavity je yang tggl.Yang len dh hilang kot

Kebanyakan mumia dah dipndahkan.Yang serpihan2 ni mungkin tak dpt nak dicantum balik kot so sb tu la dibiarkan cenggitu jek

Rasanya itu destinasi terakhir kami kot pada hari ke-2.Sepatutnya kami ke tasik Garam tapi sekali lagi disbbakn ketidakfahaman BOSS-CLIENT,kami akur.Lawatan kami ke kilang pemprosesan air mineral Siwa juga gagal.Naik bas balik Matruh.Hari yang memenatkan dengan karenah driver yang bermacam.Kesian pak musyrif yang letih bertekak dengan driver yang kurang sedikit sifat sabar dan tenang.







Wednesday, July 16, 2008

~SunBuRn di MaTrOh SiWa~

PaRt 1

Rehlah Mahabbah Matroh dan Siwa 08
13-150708
"berjalan ,melihat dan mentafsir"
Rehlah yang amat menarik.Kami berkumpul kat ARMA seawal 1o mlm.Dan sungguh penantian itu satu penyeksaan.Bas datang lambat.Petanda awal kepada masalah lebih besar.
Bertolak lebih kurang pukul 1 pagi dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam.
Satu kerja wajib bila menjejakkan kaki ke bas..tidur dan tidur dan tidur..
Sampai ke Matoh dalam 9 pagi.Permandangan yang sungguh berbeza dengan Cairo.Dengan laut membiru,pelbagai tone,semua yang tidur terbangun dek keindahan ciptaan ALLAH.
Check in penginapan dan aktiviti bebas sebelum memulakan perjalanan selepas zuhur.


DAY 1



Destinasi 1
PANTAI CLEOPATRA


Kata ustaz Rahim di pantai inilah tempat bertemunya Cleopatra dan Mark Anthony.Menjadi tempat rehat mereka berdua.Subhanallah..terlalu indah ciptaan ALLAH.Air teramatlahlah biru dengan batu2 yang pelbagai bentuk.Tempat yang menjadi mimpi ngeri bagi BinTu..tergolek dek batu yang licin.Jatuh saja takpe tapi rosak hanset bukanlah sesuatu yang “tak ape”


di sinilah bersatunya cinta Cleopatra & Mark Anthony



terlalu indah untuk digambarkan dengan kata2





menyepak air laut itu bukanlah suatu tindakan yang kurang bijak malah sia-sia





daku ingin terbang tinggi malah terapung2 di lautan biru









Destinasi #2
HAMAM CLEOPATRA


Menjadi tempat mandi Cleopatra.Mengikut sejarah Celopatra ada 3 tempat mandi(mungkin hobi dia suka mandi merata-rata tempat kot) iaitu di SIWA,MATRUH n ALEX..Jauhnya jarak antara satu bilik air(istilah moden) dengan satu bilik air lain.

Yang uniknya dengan HAMAM CLEOPATRA ialah ia dibentuk secara semulajadi dimana sebiji batu besar di tengah2 laut yang ditebuk di bahagian depan dan belakang.So bila air melanggar batu tersebut dari bahagian belakang,air akan masuk mengikut lubang yang di tebuk dibelakang dan akan keluar mengikut lubang depan yang ditebuk.Cleopatra akan berada di tengah2 dalam batu tersebut.So tiap kali air or ombak melanggar batu itu,Cleopatra akan dibasahi air.Sungguh berbahaya cara Cleopatra mandi.









inilah dia biji batu yang ditebuk yang berada di tengah2 lautan nan membiru.Sila lihat lubang di tengah2 batu tersebut.Itu adalah laluan masuk Cleopatra ke tempat mandinya.Tindakan yang sungguh berani mandi dengan pukulan air laut.





Inilah Cleopatra yang digembar-gemburkan.Cantikkah beliau? Beri penilaian sendiri.Patung dia ini berdiri(??) megah di tepi pantai Cleopatra.


Beginilah cara shower Cleopatra.Di tempat pukulan air pada batu tersebut ada lubang yang ditebuk.So setiap kali air melanggar batu,ia akan masuk melalui lubang yang ada untuk masuk ke ruang tengah di mana berdirinya Cleopatra untuk mandi.UNIC











Destinasi#3
PANTAI AJIBAH


A’jibah bermaksud ajaib.Dinamakan sedemikian kerana penduduk Siwa sendiri merasa kagum kerana laut ini bertukar menjadi 7 color menjelang “sunset”.Bukanlah 7 color seperti pelangi tetapi 7 tone color yang berbeza.Mungkin disebabkan sinaran matahari dan kandungan dalam laut tersebut yang menjadikan ia 7 color.Tapi sebenar2 pencipta yang AGUNG itu tidak lain dan tidak bukan ALLAH yang ESA..














Pandangan dari sudut atas.Dapat dilihat tone kaler yang berbeza(hanya sedikit pada ketika ini).Laut ini akan berubah kepada 7 tone kaler bila seaweed(layer paling depan) bertukar maroon.Kena pandai bajet









Bahagian bawah Pantai A'jibah..Juga mengkagumkan..












Destinasi#4
PASAR LIBYA


Pasar berhampiran dengan penempatan kami.Tak ada apa yang istimewa di sini.Sama sahaja seperti Pasar Sayeeda Zeinab.Menjual lebih kepada pakaian,kasut dan beg.Pengalaman pertama shopping diikuti lelaki(musyriff)…Merasa agak tidak bebas untuk memilih..Nak beli barang yang pelik2 sikit pun rasa segan.So terpaksa tengok dari jauh je.Merancang untuk pergi kali kedua di siang hari tanpa Musyrif tapi tak sempat.




Tamat perjalanan hari pertama lebih kurang pukul 11 malam.Terpaksa balik berjalan kaki yang memakan masa lebih kurang setengah jam balik ke penginapan lantaran pak cik bas yang kononnya penat.
Dinner pukul 2 pagi ^_^