Wednesday, November 21, 2007

monologue 25 ~ reAlly2 HaRd MaKiNg a DeCiSion ~






Making decision...



da hardest thing in dis life....



walking alone in a dark street..don't know where to go...



reaching a crossroad n still thinking which street is better...



one street looks great n interesting



while other street seems good too



keep thinking n thinking...



then.....



when u start walking into a street tat u choose



there's no turning back



keep walking till da end



never regret



keeps moving foward



just pray deep in ur heart



tat da choice u had made is da best for you






Wednesday, November 14, 2007

monologue 24~ a JouRnEy TowarDs HIM~

Hari ni dh Khamis..Esok penghulu hari..JUMAAT..hati saya rasa sedih...gembira..risau..bimbang...Semua sekali bercampur baur.. xleh nk tumpu sgt pada study sejak akhir2 ni..


Esok iALLAH my parents akan fly g ke MEKAH buat
haji..biiznillah...Ni analisis perasaan yg bermain di jiwa
skrg ni:


1) Gembira..leih?


~ Sb my parents diberi peluang utk beribadat di BAitullah..Tempat suci umat ISlam seluruh dunia.Mereka pom hepi sgt sb dh lama menantikan saat ni tiba.IALLAH flite dr klate esok sebelah pagi


2) Risau n bimbang but why???


~As my parents xde kat rumah ..my sis n bros ..cmner la meka nanti.Dah la semua tu anak manja.Cmner la bila my parents xde.Actually adik2 ni lebih rapat wif me.Pe2hal pom sy la tmpt meka mengadu.Rsa nk balik Klate pom ada gak skrg ni..Sedih la bila pk2 yg adik2 akan duk ngn nenek.Kamixde la rapat sgt ngn nenek tu.


3) Lega but still xsedap hati.....

~Nasib baik ALONG dh abes final ari ni n dr UKM trus dia balik klate lps last paper.Doakan kejayaan dia.Lega sb dia akan duk ngn adik2 smpai my parents balik but dia ni lagik la x mature compare to me..hehehehe..My mum siap pesan lagik kat sy suh bitau ALONG be more mature plezzzzz...n take a good care of her sibling..Well maybe she's not mature but sy yakin she can manage them well as she's already 22!! ALONG plez be mature than me.i'm just 19..19!!!!

4) Kesian.......

~dis feeling is special to my sis..ATIN..she's also having da final exam now n fortunately her last paper is on 16th..the day my parents fly to Mecca..Feel bad for her as she dun have oppotunity to see my parent b4 they fly..Sedih sgt..Sblum ni dia dh try bitau my dad after her final paper dia akan trus g KLIA but my dad dun allow her as he bimbang ATIN pegi sndiri2...So sbg seorang anak kami taat n patuh jek arahan ayah..Cuba gak pujuk but we failed...

5) Superb bimbang lagik

~Time buat haji ni Masya ALLAH manusia becomes like lautan..Terlalu ramai.i"m worried 'bout my arents..Will they be ok? Everyday n everysec i pray for them..Moga ALLAh bgi kekuatan pada mereka..dikurnia kekuatan untuk terus beribadat...Jauhi mereka dr segala bala bencana..Selamat perjalanan pergi dan balik

So...tat wat i'm feelling now..Everything seems to be wrong..My heart is not here..All i want now is be back home..Be wif my sdik2..Miss them a lot.

"YA ALLAH AKU SERAHKAN MEREKA SEMUA BAWAH PERLINDUNGAN ENGKAU.pELIHARALAH MEREKA DARI SEGALA KESUSAHAN DAN MUDAHKAN LAH SEGALA URUSAN MEREKA.RAHMATILAH DAN BERKATILAH MEREKA DALAM SETIAP NAFAS YANG TERHELA..

PADAMU KU SERAHKAN SEGALANYA......"




Saturday, November 10, 2007

~BuDu OooooO BuDu ~

SEBUT saja budu, pasti terbayang makanan tradisional masyarakat Pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu. Budu kini bukan saja terkenal di negara ini malah sudah sampai ke luar negara.


Makanan tradisional yang diperbuat daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur mendapat perhatian dan dijadikan kajian ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.


Penemuan saintis berkenaan mendapati budu mengandungi gluthathione (bahan antioksidan), mengeluarkan sisa toksik dan mampu meningkatkan daya tahan tubuh (imun) yang dapat memerangi pelbagai penyakit berbahaya serta menghalang kanser.

Kini terbukti makanan tradisional yang sering dianggap kuno itu setanding dengan ubatan berteknologi tinggi malah menyimpan seribu satu rahsia yang selama ini tersimpan tanpa ada yang peduli.






KELEBIHAN BUDU

Sesiapa yang impikan wajah kekal tegang dan bebas daripada kedutan sebelum waktunya, anda disarankan supaya memakan budu kerana kajian mendapati ia berpotensi melawan radikal bebas sekali gus menghalang proses penuaan.
Malah, budu berupaya mencegah penyakit arteriosklerosis (timbunan lemak di dinding pembuluh darah), koroner jantung, kencing manis dan kanser pada peringkat awal. Selain itu, kandungan budu mempunyai zat antibakteria cirit-birit, penurunan kolesterol darah, pencegah sakit jantung dan tekanan (hipertensi).

Pengambilan budu sebagai makanan tambahan juga mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit cirit-birit kronik dan mampu menyembuhkan dalam tempoh yang singkat. Dalam erti kata lain, budu boleh menggantikan makanan tambahan untuk sesiapa yang berhasrat untuk menambahkan berat badan.

PENCEGAH KANSER

Budu mengandungi jumlah mineral zat besi, kalsium, magnesium dan zat antioksidan dalam bentuk isoflavon yang sangat diperlukan tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

Radikal bebas adalah atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Adanya antioksidan di dalam budu, ia akan bertindak mencegah pembentukan radikal bebas.

Ini terbukti apabila penyelidik di Universiti Carolina, Amerika Syarikat menemui unsur genestein dan phytoestrogen di dalam budu yang sememangnya terbukti dapat mencegah kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Selain sumber protein berkualiti tinggi di dalam ramuan budu, makanan tradisional ini turut mengandungi sumber serat yang baik. Kandungan seratnya mampu mencapai antara 8 hingga 10 peratus bagi setiap 100 gram budu. Jumlah itu lebih daripada mencukupi seperti disarankan Pusat Penyelidikan Kanser Kebangsaan iaitu sebanyak 30 peratus.



MERANGSANG SEL OTAK

Mengambil budu dalam sajian lengkap harian dikatakan boleh meningkatkan IQ. Budu mampu merangsang sel otak dan memperkukuhkan ikatan antara neuron serta menguatkan neuron yang lemah.

MERAWAT KEMBUNG PERUT
Budu turut merencatkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab gejala kembung perut kalangan kanak-kanak dan remaja.
KANDUNGAN VITAMIN

Terdapat dua kumpulan vitamin pada budu iaitu vitamin larut air (B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Vitamin B adalah sumber vitamin utama terkandung dalam budu dan terbahagi kepada pecahan lain seperti B1 (thiamin), B2 (roboflavin), asid pantotenat, niasin, B6 dan b12 (sianokobalamin).

Secara saintifiknya, budu menjadi penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan bakteria klebsiella pneumoniae dan citobacter frundiin. Ia tidak dimiliki daripada mana-mana sumber makanan laut, ikan dan daging. Ia mampu membentuk sel darah merah dan mencegah penyakit anemia, sakit perut dan berat badan menurun.
Well...sape kate budu x best? Banyak nutrien dalam tu..so lepas ni klu berkunjung ke KLATE jgn lupo make budu..('_')...idop klate!!!

Sunday, November 4, 2007

monologue 23 ~ sPiRiT of LoVe~


Look at life with a spirit of love and optimism,for life is GIFT from ALLAH to man...So
accept this GIFT from da ONE..

Take it with joy and embrace ,the morning with its glow and the night
with
its
quietness and the day with its brightness.Drink the fresh water with
gratitude ,breathe the air with joy,smell the roses and glorify ALLAH.

Think about the universe and learn from it,make use of the
blessed GIFT of
land,the
beatiful flowers,the sweet air , the delight of garden,the warmth of sun,the ligt of
the
moon. Lets these blessing motivate us to obey
ALLAH,give thanks to HIM and
praise Him for his blessing and bounty.

Do not let worry ang distress prevent you from seeing these blessing or make you
ungrateful: rather remember that the Creator has only created the blessing as
means to help you obey him.

"Before you look at the thorn of the rose,look at its beauty..
Before you complain about the heat of the sun, enjoy its light

Before you complain about the blackness of the night,think of its
peace
and quiet."

Why look at things in such a pessimistic and negative manner? Why deny and
change
blessing? Take these blessing and accept them graciously and praise ALLAH the
ALMIGHTY,ALL Glorious for them...

Saturday, November 3, 2007

monologue 22~ KaLAulAh Aku 'Te'RjAtUh CINTA~



Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta... jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu Ya Allah,

jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta semua.

Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu.

Ya Rabbal Izzat, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu."

(As-Syahid Sayyid Qutb)